AKU FAILED FIRST PT!!!
Salam 1 Malaysia semua!!!
Huhuhuhu...di pagi Jumaat yang indah aku dikejutkan dengan email masuk. Dunia rasa seperti nak kiamat bila baca tajuk dia, "PT Test Results". Bila fikir balik, pt haritu memang susah lagi-lagi aku pasrah dekat subjek Mircobiology sebab banyak gila weh benda nak kena baca subjek tu.
Aku pun cari la nombor pelajar aku kat list tu, berdebar-debar ni perasaan. Badan aku terus switch off ke mode sympathetic nervous system, adrenaline mengalir deras, pernafasan laju namun terkawal. Ambik kau sekali semak aku dapat D. Aku macam, "weh D seriuslah fail kot ni aduh". Sekarang semua dah terlambat dan dah jadi sejarah hidup dah pun, aku skrol bawah lagi list tu lebih kurang 100 orang lebih fail pt general module 1 hahahaah.
Alasan online class adalah senjata utama kalau mentor tanya pasal result, alamak cuak pula kalau mentor tanya aku ni mati la aku nak menjawab. Muka ni aku nak letak mana kalau mentor tanya huhuhu dahla aku yakin je cakap yang odl ni okay je saya tiada masalah hahaha last sekali hmm kelaut.
Apapun aku dah kenal pasti kelemahan aku selepas muhasabah diri selama 1 minit. Aku ketagih media sosial lagi-lagi Twitter ngan tiktok. Banyak gila aku buang masa kat dua app tu je haih. So, aku dah nekad nak kurangkan main media sosial and lebih berdisiplin.
Doakan aku dapat A atau lulus next pt which is pt general module 2 lagi 8 minggu yarghhh I can do it!!! Fail pt ni aku anggap sebagai wake up call buat aku and aku nak bangkit balik!!! Bye semua nak study kasi perform.
Comments
Post a Comment