It's A Wrap For Semester 1!!!
Assalamualaikum and hi semua!!!
Lama tak update blog sebab sibuk dengan exam yang berlambak-lambak ni huhuhu. Tujuan tulis entry ni pun sebab nak bagitahu korang yang aku baru je habis final examination sem 1 ni hehehe. Aku tak mintak nak A ke apa ke asal aku pass exam ni sudahlah.
Soalan macam biasa, sama ada kau tak pernah dengar benda tu tak pun kau ragu-ragu zzz. Dua minggu study week tu bukan nak kata tak cukup, cukup je masa nak baca tiga modul tapi tahlah maybe banyak tangguh-tangguh tu la jadinya. Awal-awal memang takleh brain macam mana nak baca 144 topik dalam dua minggu yang penuh lagha. Malam pukul 11 malam dah start main Valorant bukan study ke apa ke haih.
Risau tak lulus exam ni huhuhu aku taknak repeat year sebab kalau fail exam kena ambik remedial. Remedial tu cam exam ulangan la selalunya lagi susah and kalau fail juga yang tu memang repeat year bukan repeat semester zzz.
Final semester ni consist of 4 paper which are Short Essay Question (SEQ), Problem Based Question (PBQ), Objective Structured Practical Examination (OSPE) and Multiple Choice Questions (MCQ). Semua paper ni continuous for 4 days straight means no gap in between. Study week yang 2 minggu tu la kau nak baca semua benda huhuhu. Sebab tu takde istilah study last minute.
Pasal wabak Covid-19 ni pun cam takde penghujung je gayanya. Diramalkan semester 2 pun online learning sebab kes makin tinggi nak dekat raya ni la kes mencanak naik. Aku bukan apa, sebenarnya best je belajar online sebab boleh tengok lecture bila-bila je and agak bebas la.
Tapi, tipu la tak kata tenaga kau memang pakai sehabis-habisnya je sebab rasa macam setiap masa ada kerja and kau rasa bersalah sebab tak study or buat assignment. Masalah dia, satu sem medic ni memang betul betul 6 bulan bukan cam course lain yang 14 minggu kuliah pastu cuti sebulan. Yang paling best, disebabkan course lain dah sem 2 so kau yang tak habis sem 1 ni kena la ambik elektif sem 2 sekali ditengah-tengah kacau bilau nak final ni la kau ada esaimen elektif hahahaah sabar jela.
cell lagenda yang tak keluar paper OSPE |
Bila kau ambik medic ni paling lama cuti kau seminggu sahaja paling pilu minggu kuliah ada 26 minggu hahahaha dua kali ganda dari course lain zzz. Cuti midterm seminggu cuti semester pun seminggu nasib baik cuti sem aku seminggu sebelum raya so dapat la dua minggu continuous sebab raya kan cuti seminggu (hilang la rambut rock aku lepas raya :') )
Jadi, dalam masa dua minggu cuti ni boleh la kita gunakan dengan perkara yang tidak berfaedah seperti tiada pedoman hidup. Mencabar juga study dengan kawan terdekat takde nak bagi motivasi dengan semua online lagi haih boleh kata bangun pagi terus depan laptop sampai la malam (Aksi ini hanya dilakukan oleh orang kuat tangguh kerja) hadap laptop huhuhu. Pengalaman dekat kampus takde lagi nak dikongsikan setakat ini so korang tunggu la kalau aku dapat masuk kampus boleh la aku buat campus tour hehehe.
Sepanjang semester 1 ni macam-macam benda jadi and banyak perubahan boleh nampak dari mula-mula masuk belajar dulu. Boleh kata skang kalau tengok je nama bakteria ke virus ke hmphh terus sebut je penyakit yang disebabkan oleh bakteria terbabit hehehe. Dulu kemain la tak paham, rasa asing, murung, menyesal ambik medic, minda kosong dan sebagainya tapi sekarang pun ada je blur hahaahah but who cares, past is past am I right?
Tengah lepak main fon tetiba dapat email keputusan result sem 1. Aku macam, "Aduh pebenda lagi ni!!!". Guess what, result keluar 3 hari sebelum raya memang saja nak rosakkan mood raya kitorang. Sepanjang hari tu aku takde mood langsung nak main Genshin Impact ke Valorant ke atau chat dengan orang. Sampai la asar tu aku buat-buat tanya kat dalam group housemate aku, "Aku takut la nak check result ni geng", pastu member aku kata tahniah tapi aku tak puas hati. Lepas tu boleh pulak dia tanya gagal gred apa?
Aku dah cuak, mana tau dia nak sedapkan hati aku kalau aku gagal. Aku terus bukak email dengan agresif pastu cari nombor matriks aku. Aku tutup gred aku pakai jari and bukak laju-laju. Macam tak percaya aku lulus semester 1 yeayyy!!! (gred adalah rahsia 😎).
Bazir je seharian aku takde mood rupanya lulus hehehe. Tapi aku takde rasa happy sangat sebab ramai juga member yang fail semester ni, haih. Aku sedih jugak tengok member yang dah bersusah payah study siang malam tak cukup tidur tapi nak buat macam mana, mesti ada hikmah. Aku pun entah-entah nasib nasib je lulus mana la tau en. Tapi apa-apa pun, Alhamdulillah syukur segalanya.
Jadi, bagi aku sebuah penutup yang agak menarik untuk semester 1 perubatan yang boleh kata agak huru-hara dan kelam-kabut. Pensyarah dan semua tenaga pengajar boleh kata memang terbaik dekat sini, sungguh memahami pelajar serius tak tipu (tak bodek ya). Aku harap bila aku dah jadi doktor aku boleh ikut cara dorang ni mengajar serius ikhlas habis bagi ilmu. Baiklah geng, sudah sampai penghujung rancangan dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!!!
Bye!!!
fulamak mantaplah abang idola ni :D
ReplyDeletealamak followers tanya khabar
ReplyDelete