Four More Years Left!

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera guys!!!

    Baru-baru ni aku ada cerita pasal last modul aku and sekarang aku pun dah habis final exam year 1 dan aku pun dah lulus, alhamdulillah. Maknanya, aku layak untuk sambung year 2 tanpa kena repeat paper (remedial). 

    Untuk yang tak tau, jadual kitorang tak sama dengan uni lain atau uitm course lain. Jadual kitorang panjang sikit contoh korang dah sem 3 tapi kitorang masih lagi dekat sem 2. Macam kitorang start year 1 Oktober 2020 tapi habis final year 1 November 2021, kan dah lebih setahun. Bila habis final ni, kawan-kawan yang dari universiti lain semua tengah belajar lagi. Tinggal kau sorang-sorang tak ada member nak ajak lepak.

    Alang-alang ni aku cerita sikit apa yang kitorang belajar semasa sem 2 ni. Semester 2 ni kitorang belajar 3 modul iaitu Cardiovascular (CVS), Respiratory (RSP) and Urinary (URS). CVS ni kitorang dah mula belajar masa bulan Mei lagi so, masa final bila nak kena baca balik module ni serious tak ingat apa hahahaha. Ingat la sikit-sikit tapi macam ambik masa nak grasp balik concept pastu nak hafal balik segala benda yang penting. Nama pun cardiovascular so belajar la pasal jantung apa semua, belajar macam mana orang boleh kena sakit jantung, darah tinggi dan sebagainya.

    Respiratory pula pasal paru-paru, macam kenapa orang ni ada sakit asma, bakteria apa selalu serang paru-paru, punca orang kena TB (tuberculosis) dan sebagainya. Untuk urinary, sentuh sikit pasal buah pinggang tapis darah dalam badan kita, macam mana terbentuknya air kencing kita, belajar batu karang dan banyak lagi. Sejujurnya, tiga modul ni paling seronok nak belajar bagi pendapat aku la.

    Tapi aku tau setiap pelajar ada cabaran masing-masing. Kita tak boleh nak hukum sesiapa kata dia taknak baca buku la, malas study ke apa ke sebab kita tak rasa apa yang dia lalui sekarang ini. Pelajaran semua atas talian, cabaran di rumah adalah berbeza bagi setiap orang. Lagi elok kalau kita tolong dia ikut kemampuan kita daripada kita salahkan dia atas sebab yang kita sendiri kurang pasti.

Aku ni pun bukan rajin sangat nak study sampai pagi at least kita kena ada kesedaran la. Tiga minggu dia bagi masa gap sebelum final year 1, pandai-pandai la nak study macam mana. Ada yang minggu pertama diorang pergi vacation dengan kawan-kawan, ada yang terus start study. Bagi aku, mana-mana pun okay sahaja. 

    Aku dan geng-geng aku ni suka tidur awal bangun awal kalau nak study. Ikut cara masing-masing ada suka stay up sampai subuh tidur kejap and sambung study balik. Cuma, kitorang ni memang style macam ni lagi pun ada geng nak teman study pagi pagi walau hakikatnya group Whatsapp sepi juga pukul 3 pagi itu huhuhu.

Gambar sekadar hiasan

    Bagi aku la kan, sem 2 ni lagi best la belajar kalau nak bandingkan dari sem 1 punya silibus. Sebab lagi menarik and tak bosan sangat. Bukan aku nak kata subjek sem 1 ni semua bosan sebab subjek sama juga cuma isi kandungan kurang menarik perhatian hahahaha.

    Macam biasa ada empat paper kena ambik dan takde gap antara paper terus straight empat hari, Isnin sampai Khamis. Boleh rasa perbezaan soalan dia dari segi kesusahan sebab rasa masa sem 1, soalan dia boleh kata susah jugak. Tapi sem 2 ni boleh kata kalau hilang markah pun sebab kau tak baca benda tu je atau kau rasa benda tu macam tak penting tapi benda tu jugak la yang keluar (sebab aku dah kena skskks).

    Hari Khamis paper MCQ, doktor bagitau yang result keluar next week hari Jumaat. Aku macam, gila laju tanda paper. Kira okay sebenarnya sebab nak bagi banyak sikit masa untuk pelajar yang kena ambik remedial exam (repeat paper). Dorang ada kata, siapa yang gagal exam sem 1 tetapi sem 2 ni perform nanti tak payah repeat paper sem 1. Sebab tu jugak la ramai yang study betul betul dan alhamdulillah tak semua yang patutnya kena repeat sem 1 perlu repeat balik, kiranya macam bagi peluang la.

    Untuk yang tak payah repeat, boleh terus enjoy cuti lebih kurang sebulan ni puas-puas. Rehatkan minda dan badan, pergi holiday ke apa yang patut sebab korang dah study and put effort yang kaw-kaw. Mana yang kena repeat jangan rasa diri ni tak pandai atau takde harapan, korang mesti boleh punya! So, sampai sini sahaja perkongsian aku pada kali ini, bye!!!









Comments

Most Popular