Hello 2022!!!

    Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Sedar tak sedar dah lama juga tak update blog ni. Mesti pembaca semua dah bosan tunggu dan mula meninggalkan saya. Alang- alang baru saja habis module H&L, marilah kita cerita sikit apa yang sedang berlaku dan yang sudah berlaku.

    Untuk semester 3 kali ini, masih lagi ada 3 modules yang kena belajar iaitu hematopoietic and lymphatic system (H&L), Central nervous system (CNS) dan gastrointestinal system (GIT). Apa yang masih mengejutkan semua orang ialah, kitorang yang senior year 2 ni masih lagi kena belajar secara online di rumah hahaha. Tapi sapa-sapa rasa nak balik kampus, boleh mintak kebenaran untuk balik kampus tapi tak ramai yang nak balik sebab nak fokus and kalau duduk kampus banyak juga belanja (tapi belajar online boleh ponteng kelas lecture 😎).

    Enam minggu berlalu maka tamatlah module H&L yang belajar pasal darah dan kawan-kawannya. Tak banyak benda sangat pun dalam module ni sebab asyik ulang-ulang je pasal bentuk sel-sel darah. Kalau boleh, 5 subjek tu semua la nak cerita pasal sel-sel darah ni. Kalau tak ingat lagi memang tak tau la nak cakap apa.

    Yang menariknya aku baru tau leukemia ni sebenarnya sejenis kanser. Buat malu je kan belajar medic tapi benda ni pun aku tak tau sampailah aku belajar topik leukemia. Aku ingatkan leukemia ni semata-mata sel darah putih dia je banyak. Rupanya ini la sejenis kanser di mana sel-sel akan tumbuh lagi banyak dan tak terkawal (kesian doktor-doktor pathology ajar kanser dari sem 1, sebab baru-baru ni aku boleh relate kan definisi kanser hahaha).

    Bila belajar pasal darah ni terselitlah sikit pasal penyakit HIV dan AIDS. Kesedaran pasal HIV ni boleh kata masih di paras yang agak memuaskan di kalangan rakyat Malaysia sebenarnya. Bila belajar pasal penyakit, kita belajar pula cara merawat dengan ubat. Masa inilah nak fokus topik-topik subjek pharmacology. Selalunya diajar pasal ubat kanser (anticancer drugs) dan cara-cara ubat tu bertindak dan kesan sampingan bila kita makan ubat tu.

    Semangat nak study semester 3 ni rasa macam menurun sikit. Tak serajin masa year 1 dulu, set  timer 25 minit rehat 5 minit (pomodoro). Alhamdulillah, result pun tak disangka-sangka sebab tak pernah merasa dapat A+ sepanjang berada dalam medic ni. Harap boleh kekal la prestasi di masa akan datang (gaya macam ni la first and last dapat A 😓). 

    Tengok kalendar macam lama lagi nak cuti pertengahan sem ni, dapat seminggu pun jadilah. Sekarang tengah belajar module CNS, baru minggu pertama dah tersungkur di atas tanah dan ditimpa tangga. Susah dan banyak sangat informasi yang perlu ditelan mentah-mentah sehingga mahu muntah. Jadual pun makin padat dengan kelas dan tutorial. Syukur masih di rumah, kalau dekat kampus ni mesti dah menangis tepi tangga. Nak main badminton petang-petang pun rasa macam tak sempat dah sekarang ni. 

    Apa-apa pun, nak atau taknak inilah jalan kita. Pejam celik pejam celik mesti akan tamat juga semua kesengsaraan ini hahaha. Buat sesiapa yang membaca blog yang agak sendu serta hidup segan mati tak mahu ini, didoakan kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah. Itu sahaja pada kali ini, bye!





Comments

  1. wah tahun baru, blog pun dah berwajah baru eh hahahaha btw goodluck sem 3, member nak gerak sem 4 dah ni wkwk

    ReplyDelete

Post a Comment

Most Popular