KEHIDUPAN SAYA DI UITM PUNCAK ALAM SEBAGAI PELAJAR PERUBATAN TAHUN 3.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Kita bertemu lagi dalam entry kali ini tentang kehidupan seharian saya sepanjang berada di kampus UiTM Puncak Alam.

Untuk pengetahuan, pelajar perubatan UiTM Tahun 3 dikehendaki untuk berada di kampus Puncak Alam selama dua semester bagi memudahkan urusan pelajaran mereka yang kebanyakannya berada di Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA). Tetapi, kami masih perlu mengunjungi Hospital Sungai Buloh dan Hospital Selayang jika ada kelas di sana.

Jujur saya cakap, saya dah lama tidak merasakan perasaan seperti ini. REAL UNIVERSITY ENVIRONMENT!!!

Kali terakhir rasa macam ni masa zaman asasi di UiTM Dengkil dulu. Suasana yang amat berbeza jika hendak dibandingkan di Sungai Buloh tu. Dapat juga jumpa dengan pelajar-pelajar kursus lain. Ini tidak, kalau tak budak medik, budak dental. Dah naik bosan tengok orang sama je tiap-tiap hari.

Dekat UiTM Palam ni adalah juga TESL, Education, Pharmacy, Accounting, Nursing, MI, dan macam-macam lagi course dekat sini. Boleh saya nak senaraikan semua course yang ada tapi yang itu boleh tengok sendiri dekat website UiTM.

Suasana dekat sini memang happening betul, memang rasa muda remaja (saya muda lagi). Pelajar lelaki ditempatkan di Kolej Angsana 5 manakala pelajar perempuan ditempatkan di Kolej Dahlia nun jauh di bawah bukit sana tu.

Cumanya, dekat Angsana 5 ni satu rumah ada empat buah bilik sahaja tak sama macam kampus Sungai Buloh yang ada lima buah bilik dalam satu rumah. Maknanya, dua orang lagi itu terpaksalah cari  housemate baru huhuhu apa boleh buat.

Setiap hari, bagi yang tiada kenderaan sendiri atau kereta member dah penuh tu, memang akan terpacak dekat perhentian bas belakang Angsana 4. Mana-mana universiti pun, pelajar wanita memang mendominasi. 

Sampai bas pun dia orang semua dah penuhkan. Bas akan lalu perhentian bas Dahlia dan Casuarina dulu baru akan sampai dekat Angsana. Bayangkan, bas yang ketiga baru yang pelajar lelaki ni boleh naik sebab dua bas pertama tu dah sesak dengan pelajar perempuan. Itu pun bas Rapid KL yang kena bayar RM1, bas percuma UiTM sediakan telah fully occupied! Sudahlah bayar RM1, kena berdiri pula di dalam bas, apalah nasib. Tunggu pukul 7 pagi, pukul 7:35 baru dapat naik.

Itu sajalah yang leceh di UiTM Palam ni perihal bas yang cepat penuh. Terpacak dekat perhentian bas sebelum pukul 7 pagi pun tidak ada faedah sebab bas lalu kawasan kolej perempuan dulu baru lelaki.

Soal makanan dan segala kemudahan dekat UiTM Palam bagi saya amat tip-top. Tidak tahulah orang lain macam mana tapi bagi saya, ia sudah mencukupi. Orang lain berebut-rebut nak duduk kolej, tetapi pelajar perubatan diberikan kelulusan oleh pihak tertinggi UiTM Palam untuk menduduki kolej (masih kena bayar yuran kolej).

Petang-petang kalau balik awal dari hospital, bolehlah turun bersiar-siar pusing kampus yang seluas alam ni. Kalau tiap-tiap hari jogging memang serius boleh kurus. Badminton, tenis, bola tampar, bola baling, bola keranjang, futsal semua court memang padu. Sementara itu bolehlah juga cari jodoh course lain. Cuma masih tak biasa sebab court badminton dalam dewan makan. Insecure pula nak main badminton sebab ada penonton tidak berbayar di sekeliling.

Seminggu dua juga ambil masa nak biasakan diri dekat kampus ni. Tiap-tiap hari pusing kampus sebab nak biasakan diri dengan jalan dekat sini. Tak nak nampak macam budak baru sangat hahaha. Paling best sebab course lain semua friendly! Student pharmacy yang selalu main frisbee dekat padang kawad tiba-tiba ajak kita orang main sama-sama (friendly match Medic vs Pharmacy) secara santai.

Buat masa sekarang, tiada lagi masalah besar yang timbul akibat kehadiran kami yang secara tiba-tiba muncul di UiTM Palam ni. Harap semua boleh hidup dengan harmoni dan sentosa. Makhluk ghaib UiTM Palam harap tak perlu nak bermesra munculkan diri bagai, boleh teruskan bersembunyi.

Okay itu sahaja kali ini, bye!




Comments

Post a Comment

Most Popular