Temuduga Perubatan dan Pergigian UiTM

Selamat sejahtera semua orang!!!

Hari ini aku nak share pengalaman temuduga perubatan and pergigian UITM secara online. Kita tau yang tahun 2020 ni tahun wabak covid-19 melanda seluruh dunia. So, interview kitorang decided untuk buat dalam online. Aku tak tau batch previous interview macam mana so dalam penulisan kali ini aku nak kongsikan berkenaan interview online sahaja. 

Buat pengetahuan anda semua, temuduga UITM Perubatan dijalankan secara atas talian dan keadaan ini akan berubah dari masa ke semasa berikutan wabak Covid-19 yang melanda negara. Sebarang informasi yang bercanggah amatlah dikesali. 

Klik sini untuk mengetahui syarat kemasukan Pergigian UiTM. 
Klik sini untuk mengetahui syarat kemasukan Perubatan UiTM.

Ada dua sesi dalam tarikh berasingan, untuk sesi 1 semua orang kena jawab google form yang ada soalan and ada masa yang ditetapkan. Tak silap aku soalan yang aku dapat mcm KBAT contoh macam mana nak buat pendedahan pasal penyakit apa tah kat masyarakat, pastu soalan mcm psikometrik sikit.

Habis sesi 1, tunggu email dari uitm kalau sapa yang berjaya sesi 1 akan dapat email serta next arahan untuk sesi 2 pula. Time ni sumpah aku dah cuak gila sebab kalau email tak dapat lepas pukul 6 petang, maknanya tak lepas la tu. Jam time tu dah memang sikit lagi nak pukul 6 petang hahaha. Ramai gak kawan aku yang pandai-pandai tak lepas sesi 1, kat sini dia dah tapis ramai sebelum ke sesi 2.

Sesi 2 pulak interview dengan panel dua orang pakai app Zoom. Aku adalah baca sikit-sikit pasal medic ni buat research sikit and cara susun point. Kebetulan member aku ada share pasal abortion and law behind it and guess what memang aku dapat topik berkaitan dengan abortion. Memang aku jawab dengan penuh ilmiah do time tu hmphh (bangga jap).

Soalan dia yang aku ingat pasal sorang budak perempuan umur 17 tahun mengandung anak luar nikah and dia belajar kat sekolah dimana ayah dia pengetua sekolah tu. So, soalan dia boleh ke dia buat abortion? ni kalau tak tau memang termenung la kat situ hahaha nasib baik aku bersedia hehehe. Sebelum jawab dia bagi 3 minit suruh fikir and 5 minit untuk jawab. Soalan kedua sentuh pasal idiom and nak kau tafsir apa yang kau faham pasal idiom tu.

Sesi interview ada dua soalan sahaja untuk online session. Aku rasa aku macam messed up soalan kedua pasal idiom tu sebab aku tengok muka interviewer tu macam tak paham je apa yang aku nak sampaikan hahaha.

Nasihat yang aku boleh bagi, banyakkan baca pasal medic dekat Malaysia and cara nak jawab soalan secara ilmiah. Boleh google pasal soalan-soalan medic and Youtube untuk soalan dan jawapan sekali. Boleh jadi soalan recycle je cuma ubah sikit-sikit. Boleh try baca pasal kes brain dead  ataupun consent pesakit di Malaysia. Tu contoh la kalau nak buat sedikit bacaan tapi kalau time interview kalau tak tau, terus terang je cakap tak tau.

For dentistry, takde interviewer macam medic punya session. Tapi, ada admission test yang diberi masa sejam je nak jawab semua 90 soalan. Soalan dia merangkumi biologi, kimia, math, and many more and kalau nak lulus kena atas 30 markah or betul 30/90. Jujurnya aku failed admission test hahaha and korang kena buat resume and video yang berdurasi 2 minit pasal kenapa kita pilih dentistry.

Admission test tu soalan dia memang ada time kita belajar time dekat asasi/matriks/diploma/stpm dulu tapi yela dah lama tinggal tetiba kena jawab biologi hahaha memang termenung jela. Tahun-tahun sebelum ni, calon kena buat origami or wire bending but maybe dia ganti dengan resume untuk test creativity kita.

That's it from me, maaflah kalau tak cukup informasi sebab niat memang nak share pengalaman interview secara online, bye!

*Aturcara sesi ini hanya diaplikasikan pada tahun 2020 sahaja.

Comments

  1. Hi! Just wanna know author sambung bidang apa sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! Saya sambung perubatan di uitm sekarang :)

      Delete
  2. Kalau dapat cgpa 3.89 ada peluang ke diterima dentistry uitm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, ada beberapa pelajar di sini yang bukan 4.00. As long lepas minimum requirement yang ditetapkan dan excel interview.

      Delete

Post a Comment

Most Popular