PUBLIC HEALTH POSTING??? BINATANG APA ITU???
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia kepada semua yang sudi membaca warkah ini.
Hari ini menandakan tamatnya peperiksaan akhir untuk posting saya pada kali ini di jabatan kesihatan awam (Public health). Semenjak saya berada di posting ini, soalan yang kerap sekali saya dapat daripada kawan-kawan saya ialah "Posting apa tu?"
"Kau sekarang posting apa?"
"Public health."
"Tak paham."
"Satu cabang perubatan dalam mencegah penyakit dan merancang cara-cara pencegahan dan mempromosikan kesihatan melalui individu, masyarakat dan banyak lagi pihak."
"Okay...Belajar apa ja?"
"..."
Susah sebenarnya nak terangkan kalau nak cerita belajar apa sahaja di posting ini. Apa yang saya belajar antaranya ialah berkaitan epidemiologi, biostatistik, kesihatan keluarga, kesihatan dalam pekerjaan dan kesihatan alam sekitar.
Kebanyakannya berkisar tentang bagaimana kita boleh mencegah sesuatu penyakit itu dari berlaku dan apakah langkah-langkahnya. Kami belajar cara-cara untuk memulakan kajian kes (study design). Kenal pasti jenis-jenis bahaya dan risiko serta agensi kerajaan yang terlibat, sedikit tentang undang-undang dan yang pasti bagaimana cara-cara merawat air juga boleh muncul di dalam silibus hmm.
Kejap sahaja posting ini hanya memakan masa 4 minggu sahaja. Posting ini pun sangat santai sebab tidak perlu berjumpa dengan pesakit di wad. Bolehlah duduk di bilik sahaja menghabiskan masa dengan perkara yang melalaikan.
Kami juga berpeluang untuk menggunakan aplikasi SPSS yang terkenal dalam statistik. Penguasaan aplikasi ini sangat penting jika satu hari nanti kami memilih kerjaya sebagai seorang penyelidik. Saya ingatkan dapatlah saya melarikan diri dari matematik namun ia masih ada menganggu ketenteraman hidup saya.
Tugasan kami juga melibatkan lawatan ke rumah pesakit untuk meninjau adakah terdapat hubungan antara gaya hidup dan persekitaran dengan penyakit mereka. Seronok juga sekali-sekala buat lawatan dekat rumah orang hahaahah. Gambar tandas rumah mereka pun kita orang kena ambil sebab nak buat laporan (Kalau saya jadi patient tu, memang saya tak bagi masuk bilik tidur).
Dalam posting ini juga saya terpilih untuk menyertai debat. Ini bukan kali pertama saya diminta untuk menyertai debat tetapi saya tetap gelisah dan takut jika saya hanya memalukan diri saya sendiri di atas pentas. Sehari suntuk saya menyediakan hujah-hujah untuk melawan pihak lawan. Apa pun saya akhirnya dapat juga merasa menyertai debat dan sukar juga berdebat ini. Akhirnya, saya sudah boleh menggunakan "Aku pernah join debate" jika ada orang bertanya.
Tidak banyak yang terjadi dalam posting kesihatan awam ini kerana masa yang sangat singkat. Tahu-tahu sudah End of Posting (EOP) yang mempunyai 3 kertas berbeza. Terima kasih public health, harap saya lulus dengan jayanya.
Comments
Post a Comment