Bulan 10

Selain Julai, bulan 10 juga salah satu bulan yang agak signifikan bagi aku. Entah kenapa, terlalu banyak peristiwa penting yang berlaku pada bulan 10. Selain menjadi tanda ukur bahawa cuti sekolah sudah semakin hampir, ia merupakan bulan selepas tamatnya UPSR, bulan berlangsungnya PT3, bulan persediaan untuk SPM dan bulan bermulanya kehidupan sebagai pelajar ijazah sarjana muda.

Perhatikan di mana kehidupan kita sering berkait rapat dengan ujian. Lulus atau gagal ujian semestinya bukanlah ukuran sebenar dalam objektif mencari tujuan hidup di alam ini. Sering benar ayat itu diulang-ulang. 

Pejam celik, 2023 hanya berbaki dua bulan sahaja. Semoga mereka yang mempunyai azam pada Januari dapat menunaikannya. 

Bulan 10 juga merupakan bulan pemula untuk mereka yang mahu melangkah ke alam dewasa. Dewasa tidak sama untuk setiap insan. 

Dewasa mereka mungkin dengan membina keluarga kecil mereka sendiri. 

Dewasa mereka mungkin dengan membanting tulang empat kerat menyara keluarga. 

Dewasa mereka mungkin dengan menginjak digit 20. 

Dewasa mereka mungkin dengan menyambung pelajaran. 

Dewasa mereka mungkin kini sedar tentang kesilapan lampau dan ingin berubah.

Apa pun erti dewasa pada kita, panjatlah kesyukuran kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.


Comments

Most Popular