Long Hiatus...
Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca yang masih setia. Syukur ke hadrat Ilahi saya diberikan kesempatan untuk menulis semula.
Lebih kurang empat bulan juga saya tidak menerbitkan apa-apa penulisan di blog saya ini. Hal ini kerana, saya amat sibuk dan kekurangan masa untuk menulis pengalaman saya di posting perubatan dalaman dan Specialty posting.
Usah risau, akan saya tuliskan juga di masa akan datang (harap-harap saya ingat lagi apa yang saya lalui) dan dalam masa terdekat juga.
Sedikit perkembangan terkini mengenai saya, saya sudah pun menamatkan posting terakhir saya iaitu Public Health Medicine (perubatan kesihatan awam) pada Jumaat 18/10/2024 lepas. Ini bermakna saya akan menjalani peperiksaan akhir semester 8 sebelum cuti semester yang akan berlangsung sejurus selepas minggu peperiksaan.
Sudah lama benar saya tidak bercuti, kali terakhir saya bercuti ialah pada Hari Raya Aidiladha kira-kira pada bulan Jun. Tidak mengapalah, apa yang penting ialah persediaan saya untuk menduduki peperiksaan akhir saya yang akan kunjung tiba pada minggu hadapan.
Hanya diberikan masa selama satu minggu sahaja untuk study week untuk menelaah silibus satu semester penuh amat zalim tetapi itu perkara biasa. Sedang saya menaip entry ini sebenarnya saya sedang mengulang kaji pelajaran hahaha lari sekejap.
Baiklah, saya rasa itu sahaja untuk berita perkembangan semasa tentang kehilangan saya (ada ke yang baca sebenarnya...). Doakan saya agar lulus peperiksaan akhir saya untuk saya layak ke tahun akhir, Inshaallah, amiin!
Comments
Post a Comment