Selamat Menyambut Bulan Ramadan 2025!

 “Whoever fasts during Ramadan with faith and seeking reward, his past sins will be forgiven.” (Sahih Bukhari, Sahih Muslim)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Syukur ke hadrat Illahi, kita mampu bertemu dengan bulan Ramadan yakni bulan yang mulia untuk umat Islam.

Saya sangat teruja untuk menyambut Ramadan tahun ini lagi-lagi sebagai pelajar tahun akhir. Saya perlu mencipta memori dan kenangan indah seberapa banyak yang boleh dengan kawan-kawan saya.

Satu soalan untuk para pembaca yang berpuasa, tidakkah begitu pantas Ramadan pada kali ini? Sukar juga untuk saya percaya bahawa di saat saya menulis entry ini, sudah pun masuk malam ke-21 Ramadan.

Terlalu pantas! Namun, jika dilihat semula agak banyak juga aktiviti yang saya sempat lakukan sepanjang di bulan Ramadan ini. Alhamdulillah.

Setakat ini hanya dua kali sahaja saya terlepas sahur. Nak atau tidak, kena bangun juga sebab saya sudah berada di posting obstetrics & gynaecology (O&G). Saya memang sibuk sepanjang di posting ini. Setiap minggu kami akan ada oncall bermula 5pm-10pm. Tapi, kami hanyalah sekumpulan pelajar yang tidak begitu rajin.

Tepat pukul 6pm atau 8pm (kalau rasa bersalah), kami dah berebut minta cop kehadiran dengan houseman (HO) dalam wad tu hahaha. Kadang-kadang, mereka yang suruh kami balik rumah untuk berehat.

Saya juga tidak melepas peluang untuk pergi ke masjid-masjid yang berada di sekitar KL-Selangor. Maklumlah, nak juga merasa "Masjid hopping". Ada lagi sebenarnya masjid dalam senarai yang belum sempat saya jejak kerana masa yang terhad.

Baiklah, saya mendoakan bagi umat Islam yang sedang membaca penulisan saya ini dapat bertemu dengan malam Lailatulqadar. Amiin.



Comments

Most Popular