Jabatan Bertukang di Hospital! Tukang Bukan Sebarang Tukang! Orthopaedics Posting Penutup!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Anda baca dengan betul! Ya, ini posting terakhir saya di sekolah perubatan. Selama 7 minggu di jabatan bertukang tulang.

Pada mulanya, saya macam tidak seronok kerana saya memang tidak suka subjek anatomi. Ortopedik semuanya tentang anatomi. Bukan setakat tulang sahaja kena tahu, semua bendalah yang ada dekat situ macam otot, saraf, salur darah dan lain-lain.


Ward Round
Umum mengetahui di setiap hospital akan ada satu aktiviti dinamakan ward round. Di mana pegawai perubatan akan membentangkan kes pesakit-pesakit di wad kepada pakar untuk tujuan verifikasi dan perubahan dalam pelan rawatan. 

Selalunya pukul 8 pagi sudah bermula ward round. Pagi-pagi memang dah sibuk. Ada lebih kurang 20 katil dalam satu wad dan pelajar tahun 5 perlu tahu setiap pesakit yang ada dalam wad. Pukul 7 pagi kami sudah bertolak

Pensyarah kami mahu kami biasakan diri untuk present case sebagai persediaan untuk housemanship kelak. Kadang-kadang mereka suruh present, kadang kadang mereka hendak cepat jadi tidak suruh pun present case.

Oleh sebab itu, kami tetap kena clerk patient kerana kita tidak tahu bila masa doktor mahu kita present. Satu masalah besar jika doktor tanya ini pesakit siapa dan tiada siapa pun menyahut. Memang minta makian jawabnya. Setiap pagi kami harus bersedia untuk ward round, kalah posting perubatan!

Jadi, kami pun mengerumuni setiap genap penjuru di wad ortopedik setiap pagi tanpa gagal. Bila ramai sangat orang, entah apa yang doktor terangkan di tepi katil pesakit pun tidak dengar. 

Saya sebagai pelajar nakal akan mengambil peluang ini untuk bersembang dengan kawan-kawan di hujung jauh dari radar doktor pakar. Gurau sahaja, kebiasaannya saya akan mengambil inisiatif untuk mengulang kaji pelajaran sambil-sambil saya cuba dekatkan diri dengan katil pesakit supaya dapat dengar dengan lebih jelas tentang pelan rawatan.

Seminar

Entah apa banyak sangat seminar dalam posting ortopedik ini. Tetapi kalau tidak ada seminar, tidak belajarlah kami semua. Setiap kumpulan akan ada dua seminar untuk dibentangkan dan satu doktor pakar untuk menilai.

Tak sangka pula doktor suruh tiru sahaja kumpulan yang sebelum ini punya sahaja. Asalkan kita faham apa yang cuba dibentangkan sudah mencukupi. Tidak perlu bazir masa buat slaid baru sedangkan isinya lebih kurang serupa sahaja. Lain macam betul perangai doktor ortho.

Teknik

Posting baru jadi banyak benda baru kena belajar. Belajar memeriksa kesemua sendi dan tulang yang boleh dipegang dekat badan! Bahu, tangan, pinggang, lutut, tulang belakang dan banyak lagi. Orang kata dah macam tukang urut dah.

Menarik sebab setiap gerakan kita dan tempat yang kita periksa akan bagi petunjuk saraf apa yang tidak berfungsi dengan baik. Cumanya, kita perlu tahu semua anatomi di tempat tersebut. 

hafal sampai muntah

Ujian
Lumrah setiap pembelajaran memerlukan penilaian daripada pemeriksa (doktor pakar tulang). Berdebar-debar fikirkan kes apa yang akan keluar nanti. Ada yang diantara kami pula fikirkan tentang pemeriksaan fizikal apa yang mungkin keluar. 

Fikir punya fikir kami sasarkan pemeriksaan fizikal untuk bahagian tangan pasti keluar jika berdasarkan testimoni senior-senior dan juga kawan-kawan yang pernah dinilai oleh beliau.

Sangkaan kami meleset sekali. Sesi pada pagi itu bertukar menjadi sesi viva. Buat penat sahaja berlatih pemeriksaan fizikal hahahaha. Doktor kata dia luluskan semua pada hari itu. Syukur sangat sebab kami sudah mahu Professional Exam.

Operation Theatre
Tak banyak masuk OT sebab terhad sangat masa dan peluang. Sempat tengok tiga prosedur macam tu tapi bagi saya macam sudah cukup menarik.

Kata Akhir
Bagi saya, posting orthopaedic ini menarik sahaja bagi saya sebab suasana di jabatan ini sangatlah tenang dan aman damai. Boleh kata jabatan ini didominasi oleh lelaki mungkin sedikit sebanyak agak santai. Cuma terlalu banyak anatomi dan pemeriksaan fizikal yang perlu diingati membuatkan saya sedikit penat hahaha.

Baiklah, itu sahaja pada setakat ini. Doakan kami semua lulus!




Comments

Most Popular