Baru Habis Final Exam Semester 10
Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca yang setia.
Setelah sekian lama saya tidak menulis di sini, saya dapat sedikit masa untuk mengarang nukilan ini. Tempoh hari saya dan rakan seperjuangan bertungkus lumus menduduki peperiksaan akhir semester 10. Sebanyak lima kertas atau lima posting utama iaitu Surgery, Internal medicine, Emergency medicine, Orthopaedics dan Ethics and Medical Jurisprudence (EMJ).
Satu minggu yang terasa panjang tetapi sebenarnya terlalu singkat bila melihat berapa banyak topik perlu dihadam. Bayangkanlah, bagai nak pecah kepala cuba sumbat segala fakta, guideline dan case scenario ke dalam otak.
Pagi, petang, siang, malam rutin kami sama. Duduk terperangkap depan iPad, baca nota, hafal algoritma, ulang slide, tengok past year questions. Kadang rasa macam "ada belajar ke dulu benda ni?"
Jujur kata memang susah betul soalan-soalan yang doktor-doktor ni buat. Bayangkan tengah-tengah jawab soalan tu terus rasa nak give up. Ingatkan aku seorang je rasa macam tu, rupanya kawan-kawan aku pun rasa benda yang sama.
Lepas pengawas kutip kertas jawapan, kami pandang sesama sendiri. Dah tau dah kalau semua senyum kelat tu. Keluar je dari dewan, naik bilik terus baca subjek lain pula untuk kertas esok. Rasa kecewa tadi tu kita tolak tepi sekejap.
Dalam hati kita orang, kita semua nak lulus je. Tak perlu nak dapat A* ke A+ ke janji lulus untuk ke professional exam hujung November ini. Doakan kami semua! Nanti saya cerita perjalanan saya sepanjang semester 10 ini di masa yang akan datang!
semoga ada sinar untuk penulis dan kawan kawannya
ReplyDeletelaju betul hahahaha terima kasih cikgu
Delete