Surgihell! Last Surgical Posting in Med School GRRRR...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!
Posting Surgery (Pembedahan am) sememangnya merupakan satu posting yang sangat mengerikan bagi saya. Sejujurnya, saya memang tidak pernah sukakan surgery.
Bukan kerana silibusnya yang susah (susah jugalah), tapi lebih kepada suasana jabatan itu. Entahlah, sungguh kelam dan membosankan.
Saya seronok belajar penyakit-penyakit yang memerlukan pembedahan, jenis-jenis pembedahan tetapi peperiksaan sangat susah. Topik sama sahaja dari Tahun 3 memang itu sahaja berulang-ulang sampai muak.
Giliran saya untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua kumpulan! Okay sahaja semua berjalan lancar cuma itulah satu benda yang saya kurang gemar. Pakar bedah sememangnya sangat sibuk!
Kalau saya hubungi mereka melalui Whatsapp untuk mengatur kelas dengan mereka, paling kurang 2-3 hari baru mereka balas mesej saya. Saya hormati masa mereka. Tugas hakiki mereka ialah merawat pesakit dan saya perlu faham. Kadang-kadang saya pun serba salah mahu mesej mereka berulangkali.
Ada sampai saya tamat posting pun tidak balas mesej saya hahaha.
Kami juga dapat mengunjungi Hospital Teluk Intan selama satu minggu! Buat kali terakhir dan mengimbau memori semasa di Tahun 3.
Memang banyak benar kenangan saya dan kumpulan saya di sana. Sudah tiga tahun kami di kumpulan yang sama dan masa di Tahun 3, itu merupakan pertemuan kami semua yang pertama dan kini kami kembali di Teluk Intan sebagai pelajar tahun akhir.
Apa lagi, kami menyiapkan kerja dan hadir kelas sehingga kami habis awal 2 hari! Sebenarnya, tujuan utama kami di sini sebab nak pergi bercuti!
Kami semua pergi pada hari Khamis. Destinasi yang kami pilih semestinya Pulau Pangkor! Kalau pergi Teluk Intan tapi tak singgah dekat Pulau Pangkor memang tak lengkap bergelar pelajar UiTM!
Kami pergi dengan dua buah kereta dan tiba sahaja di Jeti Marina, kami masing masing membeli tiket feri. Seronok betul dapat pergi dengan kawan-kawan memang tak akan sama kalau pergi dengan keluarga.
Tiba di pulau, kami diserbu dengan pemandu-pemandu kereta dan van sewa. Pada hemat saya, lebih baik menyewa kereta daripada menyewa khidmat pemandu van. Bukan apa, dengan menyewa kereta dapatlah kami bergerak sesuka hati kami ke mana sahaja yang kami mahu.
Jadi, saya sendiri turun padang untuk tawar menawar dengan seorang makcik Cina untuk dua buah kereta Myvi. Harga asalnya RM100 untuk dua buah Myvi tapi kami semua hanya berjumlah 9 orang sahaja.
Saya pun fikir, bolehkah jika turun ke RM90? Makcik tersebut tanpa berfikir panjang terus bersetuju sahaja. Semua orang gembira dalam cerita ini.
Puas kami pusing satu pulau. Pergi tempat-tempat bersejarah, masjid terapung, tokong-tokong menarik, pantai dan membeli-belah. Kalau ditakdirkan saya bangun tidur dan saya masih Tahun 3, saya akan pilih mereka lagi sebagai ahli kumpulan saya.
Kami berjalan dari pagi sampailah senja. Balik pun naik feri terakhir yang keluar dari pulau. Ingatkan dapatlah bebas cukai rupanya perlu tidur semalam di sana baru dapat kelebihan bebas cukai.
Esoknya, seorang kawan saya mempelawa kami untuk makan tengah hari di rumahnya. Terima kasih kerana sanggup menerima kami. Makan dahlah banyak pulak tu sebab sedap gila!
Hendak dijadikan cerita, saya dapat pemeriksa yang digeruni semua. Peratusan untuk digagalkan boleh meningkat sehingga 30-40%. Saya dibawa untuk melakukan pemeriksaan penuh kepada seorang pakcik barah usus yang sudah pun melakukan pembedahan.
Pakcik itu pula seperti sukar hendak memberikan informasi mungkin atas faktor usia dan sebagainya. Jadi, agak susah sedikit untuk saya mendapatkan gambaran sebenar sakit pakcik itu. Tamat 10 minit, doktor meminta saya untuk memeriksa pakcik itu selama 5 minit. Usai pemeriksaan, bermulalah 20 minit paling lama dalam hidup saya.
Jujur kata saya memang rasa saya tidak melakukan yang terbaik. Reaksi doktor pun sumpah nampak tidak memberangsangkan macam mehπ
RASA MACAM GAGAL!
Lepas itu beliau membawa saya ke satu lagi pesakit kanser usus. Kali ini hanya pemeriksaan sahaja. Saya mendapati pakcik itu ada stoma bag! Okay bagi pembaca yang keliru, stoma bag ini beg khas yang dilekatkan pada perut untuk menampung najis atau air kencing bila laluan normal (usus atau pundi kencing) tak boleh digunakan.
| Kedudukan stoma bag boleh menentukan jenis stoma |
Sumpah drama gila. Masa itu saya macam sudah tahu ini stoma jenis apa berdasarkan kedudukan dan kandungan di dalam beg itu. Masalahnya ialah, saya tidak dapat memastikan jenis spout (Spout ni merujuk kepada bahagian stoma yang menonjol keluar dari permukaan kulit).
Saya siap keluarkan lampu suluh dan menyuluh spout pesakit itu. Inilah orang panggil showmanship. Bahasa mudahnya buat wayang sahaja.
Saya pun suluh punya suluh. Entah apa yang saya suluh. Tiba-tiba 5 minit tu rasa lama pula. Tamat 5 minit, sambung lagi 10 minit yang paling lama di dunia. Saya pun goreng la macam-macam. Tapi reaksi doktor masih lagi macam meh π
Sedih betul saya rasa. Memang rasa demotivated. Lagi-lagi saya tahu doktor ini memang suka gagalkan pelajar.
Tapi hidup perlu diteruskan.
Keseluruhannya, posting surgical ni sebenarnya seronok sahaja. Pensyarah pun baik-baik, staf pun baik. Cuma, saya rasakan surgery bukan untuk saya.
Baiklah itu sahaja setakat ini. Bye!
kat sekolah rendah skrg pun dah banyak bakal surgeon, pagi petang asyik main pemadam dengan stapler aje π₯΄
ReplyDeleteMelentur buluh biarlah dari rebungnya
Delete