Ramadan 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sungguh singkat rasanya bulan puasa pada tahun ini. Pada saat saya menulis penulisan ini sudah pun masuk hari yang ke-24. 

Ramadan pada tahun ini sedikit berbeza dengan tahun-tahun yang sebelumnya. Kalau dahulu, saya lebih kerap berbuka dengan sahabat handai berbanding bersama keluarga saya. Memanglah, dahulu saya bergelar seorang pelajar sepenuh masa.

Teringat momen-momen iftar di masjid selepas melarikan diri dari wad sewaktu oncall posting obstetrics & gynaecology hahaha. 

Jadi, saya lebih kerap melakukan aktiviti seperti masjid hopping, iftar di luar dan lain-lain. Tahun ini, saya jarang keluar rumah untuk berbuka puasa. Boleh dikatakan 95% saya berada di rumah sahaja. 

Seperti yang selalu saya katakan kepada ibu bapa saya, untung betul mereka berdua dapat anak lelaki seperti saya. Tidak keluar rumah, tidak balik lewat malam dan hanya menghabiskan masa di rumah sahaja. Tidak risau tentang keberadaan saya.

Saya tidak katakan kepada yang kerap keluar rumah itu sebagai sesuatu yang tidak baik malahan jika tidak melakukan perkara yang dilarang Allah, apa salahnya? Luangkanlah masa muda dengan baik sebelum memikul tanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga.

Cuma bagi saya, jika saya berada berdekatan dengan ibu bapa saya jadi malas hendak keluar.

Kalau saya berada di asrama, boleh katakan sayalah yang selalu mengajak kawan-kawan saya keluar. Saya kira lebih bebas begitu kerana ibu bapa saya tidak perlu menunggu kepulangan saya dan tidak tahu kemana lokasi yang saya tuju.

Berbalik kepada bulan ramadan tahun ini, saya dapat rasakan ini merupakan bulan ramadan saya yang terakhir yang saya boleh nikmati sepenuhnya sebelum saya menceburi alam pekerjaan. Pekerjaan saya memerlukan saya lebih daripada saya memerlukan diri saya sendiri mungkin.

Sudah masuk 10 malam terakhir, jadi mari kita gandakan amalan dan semoga kita berjumpa dengan lailatul qadar. Saya baju raya pun belum beli lagi, entahlah rasa tidak bersemangat mahu raya. Moga kita diberi peluang untuk berjumpa lagi dengan ramadan di tahun hadapan.


Comments

Most Popular