Asasi Sains UiTM Dengkil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera guys!!!

Kali ini saya nak cerita tentang Pusat Asasi UiTM Dengkil, Selangor ni. Saya nak share apa yang korang kena tau sebelum jadi pelajar asasi sains dekat sini.

Sebelum itu, diucapkan tahniah kepada pelajar lepasan spm yang dapat tawaran upu ke asasi uitm and korang pasti takkan menyesal masuk sini. Nak apply asasi uitm ni untuk sains korang kena ada 1A- dan 3B untuk subjek elektif korang macam bio, fizik, kimia dan addmath and subjek lain make sure nice la sebab saingan sangat ramai. Tapi, buat mereka yang masih ragu-ragu mulai tahun 2021 asasi pintar UKM sudah tersenarai sebagai asasi terbuka sama seperti asasi sains UiTM dan asasi sains UM.

Jangan risau siapa yang tak dapat straight A ke apa ke sebab ramai je dapat 6A for spm but my elective subjects quite good and managed to enter it as well. Macam biasa, upu based on merit so mine agak tinggi juga la so kokurikulum pun main peranan guys. 

Elaun asasi. Setiap pelajar yang ditawarkan pengajian asasi dan purata pendapatan keluarga tidak lebih RM10,000 akan dapat elaun. Untuk asasi uitm, elaun akan dimasukkan dalam akaun bank Islam dan korang dapat sekali untuk satu sem. Total elaun yang korang dapat untuk dua sem ialah RM3960. Amacam? Banyak tak hahaha time elaun masuk korang boleh nampak member korang penuh dekat IOI dan seangkatan dengannya.

UiTM Dengkil ni kampus baru je lagi sebab dulu asasi uitm dekat kampus puncak alam. So, fasiliti kat sini semua baru and cantik lagi. Basically, korang akan belajar kat sini around 10 bulan sahaja huhu kejap je kan. Kelas akan dijalankan di bangunan progresif, dinamik, dan etika. Jangan risau kalau korang tak biasa nak baca jadual kelas awal-awal nanti sebab papan tanda merata. Tempat makan pulak memang murah gila dan sedap, korang akan makan tetiap hari dekat Anjung tapi kalau bosan korang boleh gerak KFC, Burger King, Pizza Hut yang just 10 minit je berjalan dari kampus memang dekat. 

Kalau rasa nak release stress, boleh pergi mall berdekatan such as Dpulze, IOI, Alamanda and many more. Most student akan naik grab ramai-ramai sebab murah dan dekat je semua mall kat sini contoh kalau nak pergi IOI maybe around RM5 per person. Now kita buat sedikit tour hehehe...

Bangunan progresif
Bangunan Dinamik

Bangunan Progresif

 pusat Islam (surau)

Pemandangan memukau blok tualang


Gambaran dewan kuliah yang sesejuk winter

Library (PTAR)

asasi uitm every week ada event tau


Pelajar asasi uitm tidak dibenarkan membawa kenderaan ke kampus ni sebenarnya. So, thats why ramai naik grab kalau nak pergi mana-mana. Tapi ada je pelajar yang curi-curi park kereta kat luar kampus. 

Okay, part akademik pula kalau sains dari segi waktu kuliah, kadang-kadang memang ikut nasib. Ada yang setiap hari kelas start dari pukul 8 pagi habis pun petang dalam pukul 5 petang. Kalau nasib baik, kelas start maybe pukul 10 pagi or tengah hari around 12 hahaha. Tapi usually, kalau sem 1 kelas 8 pagi, sem 2 ada jaminan kelas start lambat sikit. Boleh la ambik peluang rehat sikit atau sambung kerja yang tertangguh. 

Subjek untuk asasi sains ada 6 sahaja:
  1. Biology I for semester 1, Biology II for semester 2
  2. Chemistry I for semester 1, Chemistry II for semester 2
  3. Physics I for semester 1, Physics II for semester 2
  4. Mathematics for semester 1,Mathematics II for semester 2
  5. ELC (Preparation for MUET) for semester 1, ELC (academic writing) for semester 2
  6. CTU (Islamic studies) for semester 1 and semester 2
Lecturer memang baik-baik, cemerlang dan pandai mengajar. Kalau korang rasa addmath dulu kat sekolah macam susah gila, bila masuk asasi rasa senang gila serius tak tipu. Untuk asasi sains, korang ada lecture, kelas tutorial dan lab sama macam asasi engineering. 
  • Kelas lecture - go through silibus and ada lecture sejam ada lecture dua jam.
  • Kelas tutorial - discuss pasal soalan-soalan yang lecturer korang bagi.
  • Lab - buat eksperimen and lab report, subjek yang ada lab chem, bio dan physics.
Semester 1 ni memang sangat penting untuk korang. Sedia maklum, korang akan apply balik for degree through upu. Result yang akan dinilai adalah dari result sem 1 korang. Result sem 1 akan dapat dua, satu untuk upu dan satu result uitm. 
  • Result upu: Math subjek teras yang akan dinilai dan dua subjek sains terbaik. Contoh, math + chem + bio, math + phy + chem dan seterusnya.
  • Result uitm: Ambik kira semua subjek.
Disebabkan math tu subjek teras, korang kena la score math betul-betul kalau tak menyesal huhuhu. Even sem 1 ni penting nak mohon upu, jangan bila masuk sem 2 korang leka pulak. Sebab ada course yang akan nilai jugak result sem 2 korang disebabkan persaingan yang tinggi kat luar tu. Ingat, selain korang pelajar matriks, stpm dengan diploma pun bersaing sama ngan korang. Tapi korang jangan pressure diri tu sangat, enjoy your study. Study hard memang perlu tapi smart la sikit hahaha. 

Bila dah masuk asasi biasakan tanya terus apa yang korang tak paham, tak kisah la tanya lecturer ke housemate ke asalkan korang faham sesuatu topik tu dengan cepat. Sebabnya, silibus memang banyak nak catch up. Kadang-kadang lecture dua jam boleh habis satu bab. Nak fokus masa study week tu memang boleh kata dah terlambat la hahaha. Study week tu guna untuk kuatkan lagi fahaman bukan baru nak belajar. 

Dress code
  • Isnin untuk lelaki wajib pakai kemeja berserta tali leher, seluar slack hitam dan kasut kulit dan untuk perempuan, baju kurung.
  • Selasa sampai jumaat pakai bebas cuma untuk laki kena pakai baju berkolar or hari jumaat boleh terus pakai baju melayu.
Based on pengalaman, boleh je pakai hoodie setiap masa hahaha cuma pakai la inner kat dalam. Seluar pulak boleh je pakai jeans cuma jangan ketat sangat and always pakai kasut bertutup. Kalau tak ikut, saman RM50 melayang ke muka. Tapi, ni kan Dengkil darul Fahsyun of course akan ada pelik-pelik punya outfit hahaha. Student card memang wajib pakai masa pergi kelas dan keluar masuk kampus, kalau bersukan or pergi makan anjung tu tak payah pakai pun takpe. 

Blok penginapan dan housemate

Untuk pelajar lelaki ada tiga blok penginapan sama juga dengan perempuan cuma lebih satu tingkat. Blok laki nama dia Tualang and untuk perempuan nama dia Dahlia. Sedikit tips, korang boleh pilih tau housemate korang dan blok mana korang nak duduk. Trick dia, korang kena daftar time hari pendaftaran dalam waktu yang sama dengan kawan korang tu kalau boleh beratur sama-sama. Then, untuk lelaki kalau nak hidup senang pilih la Tualang 1 sebab dekat dengan semua benda compare ngan Tualang 2, 3 memang penat nak jalan in case kalau lambat nak pergi kelas. Untuk perempuan boleh pilih Dahlia 2 sebab dekat sangat dengan Anjung dan blok akademik.

Blok penginapan ni bukan macam dorm korang dekat asrama tu. Senang citer macam kondominium la hahaha tapi tak fancy sangat nak compare dengan kondo. Korang akan duduk dalam rumah, dan dalam rumah ada tiga bilik tidur dan satu bilik dua orang. Ada dua tandas dalam satu rumah dan enam meja belajar serta kemudahan wifi. 

Ruang depan rumah 



Rumah kena kemas selalu sebab inspection akan dijalankan setiap bulan, kalau tak bersih melayang surat saman huhuhu. Cuma, dekat kampus ni tak disediakan water cooler atau Coway tapi ada water dispenser berbayar contoh kalau 1.5 liter maybe 10 sen camtu. Kalau korang taknak throwback kenangan basuh baju pakai tangan dekat asrama, dobi ada disediakan dekat aras bawah setiap blok Tualang dan Dahlia sekali pakej dengan mesin tukar duit syiling. Sapa rasa perlukan masa untuk study sorang-sorang, boleh ke bilik tv tapi sebab tv pun berfungsi so pilih la masa yang sesuai.

Curfew dekat kampus ni sampai 11 malam. Curfew ni macam had masa aktiviti korang la. Korang nak keluar masuk kampus ke study kat bilik bacaan ke makan dekat anjung ke make sure sebelum 11 malam or korang kena masuk pagi esoknya pukul 8 pagi. Polis bantuan (PB) sentiasa round dari semasa ke semasa, kalau taknak kena tangkap, tak payah la buat benda bukan-bukan. Tak boleh fly pun kat kampus ni, cctv penuh tepi pagar and lagipun luar pagar semua semak dan tasik dalam.

Kemudahan sukan

Korang tak perlu pening-pening lagi nak main apa sebab kat sini semua lengkap boleh pinjam dekat stor sukan. Antara yang korang boleh try, berbasikal, futsal, ragbi, bola sepak, basketball, takraw, tennis, bola tampar, skateboard pun boleh main takde sapa nak halang sebab semua dah provided. Court semua baru-baru dan cantik lagi. Petang-petang release stress dengan bersukan is a good thing for your mental health. Kalau ada rezeki, korang boleh join intervasrsiti sukan asasi lawa dengan pusat asasi lain dekat Malaysia ni.


Additional info

Untuk asasi sains ni, laptop tu boleh kata optional sebenarnya. Korang boleh je boleh assignment pakai fon korang tu. So, sapa yang takde laptop janganlah pergi pressure parents korang tu suruh beli. Install  Word dalam fon korang and still boleh buat assignment macam lab report or essay sama macam orang lain yang pakai laptop. Benda sama cuma device berlainan, tapi kalau ada dan nak bawah pun bagus sebab dekat laptop lagi banyak function dari mobile. 

Bila dah masuk universiti, pandai-pandai la urus kewangan sendiri. Jangan ikut-ikut kalau kita tak mampu. Duit elaun tu boleh korang tolong kurangkan beban parents bayar yuran pengajian atau korang nak beli laptop ke apa ke dipersilakan. Yuran pengajian asasi uitm ni adalah paling murah dalam semua pusat asasi yang ada dalam Malaysia ni. Korang kena bayar RM600 lebih sahaja untuk satu sem. Untung sapa dapat masuk asasi uitm ni, berebut tau nak masuk kalau pusat asasi lain ada yang cecah ribu ringgit.

Culture shock. Ramai pelajar yang culture shock tengok persekitaran dan rakan sebaya yang macam-macam perangai ada. Ada yang hanyut dan lupa tujuan asal. Kawan je dengan semua orang tapi know your limits.

Tapi kalau korang nak tau asasi uitm ni well known among student as Dengkil darul Fahsyun (fashion) hahaha sebab kat sini melahirkan hypebeast terulung macam setiap hari ada Met Gala. Okay habis part tu, so kepada yg dapat asasi uitm korang patut bersyukur sebab ramai yang bersaing nak tempat korang plus this is the best foundation ever!!! 

Asasi uitm ni jugak ada 4 course je which are science, engineering, law and tesl. So kalau korang nak identify orang tu dari course mana basically ada indicator yang almost tepat hahahaha. 
  • science - rajin/nerd
  • engineering- rilex/hardworking
  • law- debaters/elegant
  • tesl- friendly/paling kecoh/fashionable
Cerita hantu uitm Dengkil. Sebenarnya kes histeria almost zero la dekat kampus ni. Gangguan pun jarang ada. Tapi tidak bermakna takde langsung ya huhuhu. Antara cerita popular dekat kampus Dengkil ni, hantu blok Etika. Mengikut sumber yang tidak begitu sahih, disebabkan bangunan Etika ni memang gelap lagi-lagi lepas asar sebab cahaya matahari tak sampai kat koridor, ramai mendakwa terserempak lembaga hitam dan statistik mengatakan ianya meningkat selepas waktu asar. Selain itu, desas desus mengatakan, library sebenarnya dibuka sehingga jam 11 malam, namun selepas penampakan pontianak di tandas library menyebabkan ia dibuka sehingga jam 6 petang sahaja. Sejauh mana kebenaran cerita ini masih belum diketahui. Namun yang paling sahih ialah hantu blok Tualang yang menjerit tengah-tengah malam sebab turun rank pubg dan ml.

So, rasanya sampai sini jela sharing untuk page kalini, kalau ada yang nak tanya lebih detail boleh comment or email je, byeee!!!!


*Disclaimer: Information may vary from time to time.

                                                  

Comments

Most Popular