Maktab Tentera Diraja - Apa yang anda perlu tahu?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!!!

    Tahniah kepada adik-adik yang dapat tawaran di Maktab Tentera Diraja. Semoga anda semua berjaya bergelar putera Maktab Tentera ni sampai tamat latihan korang dekat sini. Awak semua patut rasa bangga tau sebab bukan semua dapat diterima masuk kat maktab ni. 

    Okay untuk pengetahuan anda, kemasukan Maktab Tentera Diraja ini hanya untuk pelajar lelaki sahaja dan dibuka untuk warganegara Malaysia sahaja. Korang boleh apply kemasukan Maktab Tentera Diraja masa korang tingkatan 3 sahaja, sebab MTD ni ada tingkatan 4 dan 5 sahaja. Syarat minima kemasukan sekurang-kurangnya 7A dalam PT3 dan ada sesi temuduga akan dijalankan dalam tempoh seminggu (rujuk gallery untuk poster). Jadi, sesi temuduga ini dorang uji korang punya fitness, kesihatan and akademik jugak. 

    Kebanyakan tak lepas dekat kesihatan atau kita panggil medical checkup. Kalau tak lepas medical checkup ni memang terpaksa tinggalkan MTD. Kemasukan MTD ni memang dorang cari yang terbaik antara semua, kalau result gempak tapi tak fit dorang tolak. Jadi, korang rajin-rajin la jogging ke apa ke, sebelum masuk ya hehehe. Okay next, interview. Okay interview ni dorang nak tengok keyakinan korang bercakap sebenarnya. 

                                
    Jadi, korang buat la betul-betul masa ni biar nampak berminat sebab panel interview ni tak lain tak bukan pengarah pendidikan dan pengarah latihan ketenteraan serta beberapa orang guru. Interview dijalankan dalam  BM dan BI so kalau dorang tanya dalam bahasa Inggeris, jawab dalam bahasa Inggeris juga. 

    Dalam beribu permohonan lebih kurang 600 ratus pelajar sahaja dipanggil untuk interview dan kemasukan antara 200 pelajar sahaja setiap tahun. Saingan memang kuat tapi jangan rasa rendah diri kalau korang dari sekolah harian sbb dorang nak cari yang terbaik tanpa kira latar belakang korang. 

    Tak kisah la korang ni kaum Bumiputera, India, Cina, asalkan anda semua buat yang terbaik, dorang terus ambik. Sebab dekat sini, tak kisah kau bangsa apa tapi hubungan persahabatan memang kuat dan anggap korang macam adik beradik sendiri. Nanti kawan kau yang bukan beragama Islam pula yang kejut kau suruh bangun solat subuh. Korang pun akan lebih peka dengan sensitiviti sesebuah kaum.

FAEDAH DAN KELEBIHAN

    Kelebihan yang ada dekat maktab ni akan disenarai pendek disini. Pertama, korang tau tak dekat MTD ni korang makan 6 kali sehari! Sarapan pukul 6 pagi atau lepas subuh, minum pagi atau waktu rehat sekitar pukul 11 camtu dan makan tengah hari lepas habis kelas pukul 2 lebih, minum petang lepas prep petang, makan malam and supper lepas habis prep malam. 

    Makanan semua sedap-sedap and kat sini korang kena makan pakai sudu dan garfu. Etika makan akan diajar selari dengan konsep ketenteraan. Cara nak duduk, nak susun sudu garfu, susun pinggan dan cawan semua ada tatatertib dia yang tersendiri. Kalau bosan makan dekat mess (dewan makan) ada cafe disediakan macam kantin la kiranya gituu. 

    Seterusnya, yuran sekolah tak perlu bayar, baju, seluar, kasut, stokin, topi, singlet, bag sekolah, alat tulis sampai kalkulator pun dapat percuma, buku tulis, rawatan kesihatan (termasuk ubat-ubatan), seluar dalam pun dapat secara percuma tau siap dapat elaun bulanan lagi RM100

    Korang memang datang bawa diri untuk belajar sahaja sebab semua dah disediakan. Tujuan korang dekat sini ialah belajar and at the same time didedahkan dengan ketenteraan. Bukan nak jadi askar pun cuma cara hidup saja jadi takde la teruk sangat, nama pun sekolah askar kan. 

    Berkenaan outing atau pulang ke rumah, biasanya MTD akan menyediakan pengangkutan ke stesen TBS. Tidak perlu risau dan biasanya pengangkutan akan disediakan setiap kali cuti panjang sahaja.

AKADEMIK DAN JADUAL HARIAN

    Okay masuk tentang akademik dulu, sekolah ni sama sama sahaja macam sekolah lain ada aliran sains tulen, sains komputer, sains sosial dan akaun and setiap kelas ada aircond jadi memang sangat selesa siap ada komputer and WIFI lagi tau dalam kelas, korang just belajar and score SPM. Akademik paling penting sekali sebab MTD agak terkenal di kalangan sekolah SBP yang lain. Jadi, kena tunjukkan yang terbaik dan mampu bersaing. 

    Kelas akademik bermula hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 8 pagi hingga 2:20 petang. Prep petang pula pada 3:30 petang hingga 4:30 petang, kalau ada kokurikulum takde la prep petang pastu gerak futsal la apa lagi hahaha. Prep malam pula pukul 8:30 malam hingga 10:30 malam dan supper dan light off biasanya jam 12:30 pagi. 

    Guru-guru yang berkhidmat disini semua berpengalaman dan ramai guru cemerlang. Boleh jamin kalau korang tak suka subjek sejarah, korang still akan dapat A+ sebab guru kat maktab ni memang tegas dan sangat rapat dengan pelajar.

    Dekat MTD kalau korang cemerlang akademik, memang dapat banyak penghargaan dan program best untuk korang. Anda semua juga akan dianugerahkan Silver pin (cgpa 3.00) atau Gold pin (cgpa 3.50) semasa perbarisan disaksikan oleh kawan-kawan korang dan cikgu-cikgu. Seterusnya, korang boleh join collaboration yang best dengan sekolah elit yang lain, collab ni mcm korang join sekolah SBP yang lain pastu belajar sama-sama dua tiga hari dan kalau nasib baik boleh tidur sana sekali. Jadi, belajarlah rajin-rajin ya.

View dari blok akademik menghadap blok asrama


    Blok penginapan ada dua sahaja dan dilengkapi tempat beriadah. Court futsal dengan takraw pulak belakang blok penginapan je memangg dekat syok main petang-petang release stress gitu. Pastu kalau rasa-rasa nak berenang boleh gerak kolam kat UPNM hahaha dekat sahaja, jog 5-10 minit sampai (kalau fit 5 minit sampai). Korang memang takkan bosan la duduk sini sbb ada je aktiviti sampai tak mampu ditanggung badan hahaha. Hujung minggu boleh keluar outing kat pekan, parents yang duduk dekat boleh melawat setiap hujung minggu sampai 6 petang. 

    Kalau malas outing boleh tidur dari pagi sampai petang (solat jangan lupa geng). Selalu hari Sabtu ada latihan ketenteraan tapi sampai tengah hari sahaja dan hari ahad free satu hari fuh heaven guys. Tapi ada masa terluang ni korang ambik la ulangkaji pelajaran sbb SPM nak dekat hahahaha. 

    Okay part ketenteraan ni sikit je aku nak cerita, korang akan belajar kawad apa semua yela kan kena la tau kawad and setiap akhir tahun ada Passing Out Parade (POP) dimana korang akan kawad besar besaran depan panglima, cikgu and parents korang sempena tamatnya latihan pelajar tingkatan 5 huhuhu sedih wehh tak tipu memang nangis la haritu sbb hari last kat mtd kot. 

                                 

Passing out parade 

    Pastu korang akan berlatih pegang senjata uyooo sekolah mana je weh belajar pakai M-16 (bangga jap). Setiap akhir tahun, pelajar tingkatan 4 akan apply balik ilmu medan perang (IMP) yang korang belajar sepanjang tahun tu dengan pergi annual camp. Masuk hutan lebih seminggu dan kat situ korang survive la buat khemah, masak makanan sendiri, baca peta and many more serius thrilling gila cuma penat tu biasa la. Time ni memang sentiasa bawak M-16 korang tu pergi mana-mana sampai tido pun kena peluk, sampai rasa nak campak tepi jalan sebab muak hahahaha. 

Annual camp Tingkatan 4 fefeeling jaga sempadan 


    Nak cerita mmg tak muat satu page ni, korang kena rasa sendiri pengalaman sekali seumur hidup ni unless korang sambung upnm. Antara aktiviti yang ada untuk tingkatan 5, Ekspedisi Taman Negara Bako kat Sarawak, Ekspedisi Gunung Mulu pun kat Sarawak, Tunas Samudera ha yang ni korang akan berlayar dalam kapal and kendali kapal tu sendiri fuh mmg nais, Ekspedisi Gunung Tahan, Outward Bound School dan macam-macam lagi hmm mana nak dapat semua ni kat sekolah lain.

siap naik pesawat tentera tau pergi sarawak :)



View dari langit uyoo



Tunas Samudera berlayar naik kapal uwuu

  
agak struggle ya abang baju kuning tu hahaha
                                              
    Maktab ni memang terkenal dengan sukan kat Wilayah Persekutuan ni kalau korang nak tau. Lagi-lagi ragbi, so sapa yang memang main ragbi and berminat nak main boleh join wakil maktab. Lawan korang bukan biasa-biasa tau, semua sekolah yang padu ragbi akan join macam fuh tukar jersey lu hahaha. Maktab ni memang sediakan peralatan sukan yang memang lengkap dan berkualiti. Korang cakap je nak main sukan apa, semua ada kat sini termasuk taekwondo dan silat.

    Info tambahan, Maktab Tentera Diraja ni memang dekat dengan Terminal Bersepadu Selatan (TBS), mana yang duduk jauh yang kena naik bas, pihak maktab akan sediakan kenderaan macam bas atau lori askar tu (kat sini panggil 3 tan) untuk hantar korang ke TBS so jimat sikit la duit korang dari spend dekat grab.
                                                                
    Tempat ni memang sesuai untuk korang pupuk sifat kepimpinan yang kadang-kadang korang tak pernah tau pun yang korang ni memang berbakat. Korang akan dilatih sebagai orang yang ada keyakinan diri bila bercakap depan orang ramai serius tak tipu. Jangan main-main, bila kau bergelar sebagai budak mtd memang semua org akan pandang kau tinggi, so kita kena la jaga imej sekolah dimana-mana sahaja walaupun sudah tamat belajar kat situ. 

    Tempat ni juga korang akan belajar sikap setia kawan. Kawan ni antara faktor penting korang akan stay kuat dalam sekolah ni sbb korang akan lalui macam-macam perkara suka dan lara dengan kawan korang. Kalau korang rasa macam tak reti bergaul memang kat sini korang akan automatik rapat dengan semua orang. Dorang akan jadi pendorong untuk lalui semua halangan sampai korang tamat belajar kat sini.

    Cerita-cerita seram Maktab Tentera Diraja ni ada tu memang ada diturunkan dari generasi ke generasi cuma gangguan tu hampir tiada. Sepanjang di mtd, takde satu pun gangguan yg dialami syukur alhamdulillah. Tapi jangan berani sangat ya mencuba-cuba sbb sekali terkena pasti merana. Tiada pula kelibat hantu jepun berkawad atau hantu makcik jual karipap di mtd ni. 

    Tapi semasa saya di tingkatan 5, kawan saya mendakwa melihat lembaga hitam mencangkung atas locker menyebabkan satu bilik lari  ketakutan dan tidur di bilik lain dan ada juga mendakwa melihat kelibat budak kecil berlari ke tandas pada waktu maghrib, wallahualam. Nama je budak mtd tapi nampak hantu kecut jugak gais hahahaha. Bukan namanya asrama tanpa cerita seram dan mistik. Cukup sampai sini sahaja sedikit sebanyak mengenai mtd kalau rajin ada la lagi, byeee!!!

*Disclaimer: Sebarang perubahan semasa ke semasa hendaklah dirujuk kepada laman sesawang rasmi Maktab Tentera Diraja. 


Comments

Most Popular