Hari-hari biasa di UiTM Dengkil
Hai semua! hmm excited apa tah aku tulis ni, basically just nak cerita rutin harian aku masa dekat dengkil dulu sebagai pelajar asasi sains.
Aku duduk dekat kolej Tualang 1, which is dekat gila dengan Anjung dan blok akademik so kalau lambat gerak kelas tu still ada masa hehehe. Okay kita start dengan rutin harian aku (merepek betul cerita rutin kat org). Selalu aku bangun pagi pukul 6 a.m or nak dekat pukul 7 a.m macam tu la tapi subuh solat la. Bersiap-siap pegi kelas kalau ada kelas pukul 8.
Kalau kelas start kul 10 ke 12 tengah hari ke memang heaven la. Korang mesti ingat aku tido kan? hahaha aku sebagai pelajar yang berwibawa ada la siapkan sikit tutorial or buat lab report. Ada hari kelas full dari 8 pagi sampai la kul 6 petang huhuhu pecah kepala.
Lunch cam biasa la dekat anjung, makanan murah air pun murah, sedap pula tu. Aku rasa start masuk dengkil aku makin gemuk hahahaha (ketawa di luar, duka di dalam). Pastu aku selalu balik bilik lepas makan untuk solat zohor or ambik buku.
Selalu petang kalau takde kelas or kelas habis awal, aku turun joging or main badminton dengan housemates takpun aku skipping kat depan rumah. Biasalah, orang kata badan cergas otak cerdas. Busy macam mana pun kau study, at least exercise la dalam seminggu. Baik juga untuk mental health, takdela stres memanjang. Tapi kekadang aku malas nak joging aku jalan je pusing padang tu hehehe nak naik basikal sampai kesudah tak naik hahahaha.
view dari rumah saya |
Pastu aku ngan housemates selalu makan sebelum maghrib or lepas maghrib, pastu makan aiskrim seringgit wiwiwi dessert la katakan. Then, malam study la mcm biasa sbb kalau kau tak study macam mana la kau nak ace result exam hihu tak tau la orang lain tak study teruk sangat pun perform. Kalau esoknya sabtu, jumaat malam tu aku lepak lepak je main kad ngan housemates, masak maggi ke main game kat laptop ke. Pandai-pandai bahagikan masa la, takkan la nak study je manjang hidup kena release stres.
Tido lak around pukul 1-2 pagi camtu la sama ada sebab nak study or siapkan assignments. Ada gak la tido almost 4 pagi sbb main kad haih teruk betul perangai. Tapi selalunya tiap malam kitorang satu rumah memang fokus study, ingat lagi kitorang selalu bersemangat nak target masuk degree course sama-sama. Motivasi gak tau bila kita berusaha sama-sama study ramai-ramai, nasib baik la housemates aku ni pandai belaka senang aku nak tanya or tiru tutorial hahaahaha.
Sekarang dah habis asasi, ingatkan kitorang berpisah untuk selamanya rupanya tak. Segala usaha keras kitorang study sama-sama setiap malam, setiap masa tolong mana yang tak paham akhirnya dibalas juga.
Rumah aku ada 5 orang so 4 orang dapat medic uitm dan sorang lagi farmasi uitm sama macam apa yang kitorang cakap hampir setiap malam. Alhamdulillah, siapa yang berusaha pasti berjaya dengan izin tuhan. Yang sorang tu memang nak farmasi so takde masalah la, lagipun jarak uitm palam ngan uitm sg buloh tu ada la 35 minit, naik bas Smart Selangor pun sampai.
Lastly, nak cakap yang kita kena enjoy setiap masa dalam kehidupan kita, sedih ke gembira ke tu semua membina lembaran novel hidup kita. Sebab, tanpa sedih kita tak tau rasa gembira tu macam mana.
Aku rasa nak cerita pasal rutin harian aku tapi jadi tazkirah subuh pulak hahahaha byee!!!
Comments
Post a Comment