SEMAKAN DAN PERMOHONAN TESP MARA 2022?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Ada sesiapa di sini yang ingin memohon TESP MARA dalam masa terdekat terutama kepada mahasiswa dan mahasiswi universiti tempatan sama ada IPTA atau IPTS? Untuk terus membuat permohonan sila klik pautan TESP MARA. Pasti anda mempunyai pertanyaan seperti berikut:

"Macam mana nak mohon?"

"Course apa yang boleh mohon?"

"TESP ni pinjaman atau biasiswa?"

"Berapa elaun yang dapat?"

"Universiti swasta boleh mohon ke?"



Baik, saya akan cuba menjawab beberapa pertanyaan dan memberikan sedikit penjelasan berkenaan TESP MARA ini atau nama penuhnya ialah Tertiary Education Sponsorship Programme. Klik sini untuk terus ke laman sesawang rasmi MARA.

Gambar diambil pada 13 Mac 2022 di laman sesawang rasmi MARA

TESP sebenarnya bukan biasiswa penuh dan hanya untuk mahasiswa di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja. Tetapi jangan khuatir, anda tidak perlu membayar keseluruhan jumlah wang yang dipinjam kecuali anda gagal menamatkan pelajaran anda.

Pinjaman bercorak boleh ubah (Pinjaman boleh ubah) tanpa sebarang faedah (interest) memberikan anda kelebihan dengan hanya membayar jumlah tertentu sahaja mengikut tahap kecemerlangan keputusan peperiksaan anda (CGPA). Penting untuk diketahui, tidak semua kursus akan ditawarkan pinjaman. 

Syarat-syarat umum boleh didapati menerusi fail PDF rasmi TESP MARA. Klik sini untuk melihat Panduan Permohonan 2021. Sebarang perubahan maklumat hendaklah dirujuki kepada laman sesawang rasmi. Untuk melihat senarai kursus dan universiti yang layak untuk TESP, boleh klik link fail PDF yang sama seperti di atas.

Untuk panduan mengisi maklumat peribadi, sila klik pautan ini System Manual TESP MARA untuk bimbingan ketika mengisi jika terdapat sebarang ketidakpastian. 

Anda akan diberikan wang yuran pengajian berdasarkan jumlah yuran satu semester universiti masing-masing sepanjang tempoh pengajian, elaun sara hidup dan juga elaun perkakas. Elaun sara hidup (ESH) akan diberikan kepada yang layak sahaja, mengikut kadar yang berbeza bergantung kepada lokasi kampus universiti. Tidak silap saya, mereka yang di bandar akan diberikan berjumlah RM700 manakala luar bandar ialah sebanyak RM590 (Maklumat semasa 2021. Kadar elaun mungkin berubah). Elaun perkakas sebanyak RM500 akan diberikan secara tahunan.

Suntingan dari fail PDF TESP MARA

TESP MARA dibuka sepanjang tahun mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan oleh MARA. Jadi, rajin-rajinlah untuk sentiasa menyemak laman media sosial MARA ataupun laman sesawang rasmi MARA untuk maklumat terkini.



Sebelum mengisi borang permohonan, sila fikir masak-masak keputusan anda dengan ahli keluarga ataupun mereka yang mempunyai pengalaman. Jangan buat keputusan terburu-buru tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang yang bukan sahaja melibatkan diri anda namun diri penjamin juga akan terjejas.

TESP adalah jalan alternatif bagi mereka yang mahu mengurangkan beban dalam kos pengajian. Yang mana hendak memohon atau sedang menunggu keputusan permohonan, saya ucapkan semoga berjaya! 


Comments

  1. rugilah pelajar degree yang tak ambik tahu pasal tesp mara ni sebab memang mudah sangat nak mohon πŸ˜ΈπŸ‘πŸΌ

    ReplyDelete

Post a Comment

Most Popular