MELABUR EMAS DENGAN PUBLIC GOLD

    Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk para pembaca! Dalam topik kali ini saya membawakan pengenalan kepada pelaburan emas melalui Public Gold.

    Konsep yang paling mudah difahami dalam penyimpanan emas ialah anda menukarkan duit anda kepada emas. Menariknya di Public Gold, anda boleh menyimpan emas serendah RM100 di dalam akaun anda.

    Pertama yang anda perlu lakukan ialah membuka akaun GAP (Gold Accumulation Programme) melalui upline dealer. Sebarang transaksi akan dilakukan di laman sesawang rasmi Public Gold.

Gambar diambil dari laman web rasmi Public gold

    Sebagai contoh anda menyimpan emas sebanyak 5 gram pada 18 Mac 2022 yang berjumlah RM1415, pada masa hadapan harga emas untuk 5 gram pasti lebih tinggi daripada tarikh tersebut. Jadi nilai emas anda semakin hari makin mahal. 

    Bayangkan pada suatu hari nanti harga emas meningkat sebanyak RM350 untuk satu gram. Anda masih mempunyai 5 gram emas yang harganya sudah tentu meningkat. Anda sudah pun menggandakan wang anda daripada RM1415 menjadi RM1750!

    Namun perlu diingatkan, harga beli balik emas oleh Public Gold juga tidak sama dengan harga anda membelinya. Ini dinamakan Spread emas atau susut nilai emas. Penting untuk mengambil kira spread emas ini dalam jual beli semula emas untuk mengelakkan kerugian atau untung yang sangat sedikit.    

    Harga beli semula emas akan berkurangan sebanyak 7% hingga 8%. Oleh sebab itu, emas tidak sesuai dijadikan pelaburan jangka masa pendek.

Harga yang ditawarkan pada 21 Mac 2022


Pembelian semula oleh Public Gold


    Perlu diingatkan semula, penyimpanan emas tidak sesuai untuk dijadikan secara jangka pendek, ianya harus dalam jangka masa yang panjang untuk mendapatkan keuntungan berganda. 

    Hal ini kerana, harga emas tidak menentu setiap hari. Boleh jadi hari ini harga tinggi tetapi esok dan seterusnya harga emas rendah. Cara berfikir yang betul ialah, tidak kisah harga emas rendah atau tinggi kerana ianya satu peluang yang baik.

    Jika harga emas menurun, ini bukan masa untuk anda bersedih atau menyesal namun ini adalah masa untuk membeli lagi emas sebagai pelaburan jangka masa panjang.

    Melalui PgMall anda mampu untuk membeli emas (gold bar), perak dan juga barangan kemas dan pelbagai barangan produk harian yang lain. Di sini, gold bar dijual dalam berat 1g, 10g, 20g, 50g, 100g dan seterusnya. Dinar dan dirham juga boleh didapati di PgMall! Klik sini untuk terus daftar masuk ke PgMall.



    Akhir kata, jadikan emas sebagai satu aset di masa hadapan bukan sebagai satu skim cepat kaya. Simpan emas hari ini dan jual pada hari esok pasti tidak akan dapat untung yang berbaloi. Jadikan wang tunai sebagai dana kecemasan dan emas sebagai pelaburan jangka panjang.


Comments

Post a Comment

Most Popular