SURGERY POSTING YALLL!!!
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia kepada rakan-rakan imaginasi saya.
Sejurus berakhirnya posting O&G tempoh hari, kini saya melangkah masuk ke posting surgery tanpa ada sebarang cuti kerana apa itu cuti?
Selepas dibelasah teruk di posting O&G, saya membawa diri ke posting surgery yang sememangnya sangat santai dan tidak sibuk sama sekali bagi saya. Dalam seminggu itu, ada 2-3 kali saja saya menjejakkan kaki ke wad pembedahan. Kalau di O&G dahulu, hampir 13 hari straight saya pergi wad seperti orang yang tiada kehidupan sebab nak penuhkan logbook.
Posting surgery kali ini menyaksikan kami semua berpuasa pada bulan Ramadan sambil santai-santai di rumah sebab tak pergi wad. Kali ini tak perlu ambil kedatangan setiap hari jadi tak payah la pergi wad dalam keadaan terpaksa dan tidak rela. Bolehlah saya fokus mendekatkan diri kepada pencipta di bulan yang mulia ini.
Okay mari saya ceritakan sedikit apa jenis pesakit dan penyakit paling biasa dijumpai yang akan ditempatkan di wad pembedahan dan alasan mereka datang ke mari ialah tak lain tak bukan sakit apendiks, batu karang di hempedu, sakit tiroid, kanser usus, kanser hati, kanser pankreas, kanser payudara, hernia (angin pasang), ulser dan macam-macam lagi.
Orang sakit jantung, sakit TB tak ada ke dekat wad ni? Oh, pesakit macam tu bawah jabatan Internal Medicine (IM).
kadang depan, kadang tepi tong sampah ☝ |
Sepanjang saya dekat wad pembedahan ini, saya dapati beberapa perkara yang lazim. Contohnya, rata-rata yang menghidap kanser usus pastinya lelaki begitu juga dengan angin pasang. Bezanya, kanser berlaku pada mereka yang lebih tua dan angin pasang atau hernia ini berlaku pada orang muda.
Untuk wanita pula kalau tidak kanser payudara, mesti sakit tiroid atau batu karang di hempedu (Acute cholelithiasis) yang kemudiannya menjadi radang akibat jangkitan kuman (acute cholecystitis). Semua penyakit ini menyerang satu jantina lebih dari satu jantina yang lain kerana terdapatnya perbezaan fisiologi dan hormon di dalam badan.
Saya beri contoh kanser payudara, selain dari faktor genetik iaitu faktor hormon estrogen yang bertindak sebagai pertumbuhan kanser di payudara. Semakin lama perempuan itu terdedah dengan hormon estrogen yang berlebihan maka peluang untuk menghidap kanser payudara itu tinggi.
Jika wanita tersebut datang haid pada usia yang muda, menopaus lambat dan tidak mempunyai anak yang ramai. Keadaan ini akan menyebabkan payudara wanita itu berterusan menerima estrogen.
Being exposed for a long time and/or to high levels of these hormones has been linked to an increased risk of breast cancer. Increases in exposure can be caused by starting menstruation early, going through menopause late, being older at first pregnancy, and never having given birth. Conversely, having given birth is a protective factor for breast cancer (National Cancer Institute, 2015).
Saya selepas menghulurkan catheter 😁 |
wow ingatkan posting surgery yang lagi busy 🤣🤣🤣
ReplyDeleteSaya yang buat-buat tak busy agaknya haahah
Delete