Selamat tinggal UiTM Puncak Alam. Hello Year 4!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Saya kini berasa sedikit sedih. Awal November tempoh hari menyaksikan kami satu batch usai menduduki peperiksaan akhir untuk dua posting terakhir masing-masing. Untuk saya, saya menduduki dua kertas iaitu kertas Medicine dan kertas Paediatrics.

Semua orang merasa amat lega selepas seminggu bersengkang mata untuk baca nota-nota sepanjang satu semester itu. Banyaknya hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah, saya lulus semua posting dan berjaya naik ke Tahun 4 pada pertengahan bulan Disember ini.

Tetapi, itu menandakan tempoh tinggal kami di UiTM Puncak Alam (Palam) kini hampir sampai ke penghujungnya.

Saya jujur, UiTM Palam amat seronok! Saya dapat bergaul dengan pelajar course lain, bersukan bersama mereka dan bermacam lagi. UiTM Palam penuh dengan event, setiap minggu ada sahaja program yang dianjurkan di dalam UiTM Palam ni.

Di sinilah saya merasakan semula hidup sebagai seorang pelajar universiti yang sebenar selepas UiTM Dengkil. Entah mengapa tetapi saya rasa seperti saya masih seorang remaja apabila berada di sana.

Saya akan rindukan suasana UiTM Palam yang saya tidak mungkin akan dapat semula selepas ini. Kebiasaannya pada waktu petang, saya akan ronda-ronda di sekitar UiTM. Semua fakulti saya dah jejak hahaha. 

Kredit untuk skooter Beam ada lagi baki tapi tak sempat nak habiskan dekat UiTM Palam. Tak apalah, tempat lain pun ada Beam kecuali UiTM Sungai Buloh 😒. PTAR UiTM Palam pun saya sempat masuk beberapa kali sahaja, itu pun kerana lecturer ELC nak buat kelas di situ.

Saya akan rindukan masakan Kafe Tok Tak dan juga kedai nasi kerabu di kafe Angsana. Dulu masa semester 5, ada juga orang jual kuih-kuih waktu pagi tapi semester 6 ni dah tak ada pula.

Harap pelajar lain tak dengki dekat kita orang yang ada pas kebenaran bawa kereta dan parking pula depan kolej hahaha. Bangun pagi ada polis bantuan tengah clamp kereta, tapi bukan kereta saya kikiki.

Terima kasih UiTM Palam kerana memberikan kami peluang untuk merasa tinggal di sana walaupun hanya singkat. Sungguh banyak kenangan yang saya ciptakan di sana bersama rakan-rakan. 

Sempatlah juga bermain bola sepak, badminton, frisbee, bola baling dan bola keranjang selain joging di sekitar kawasan kampus. Bersiar-siar di tasik-tasik yang ada di kampus ini. Merasai naik bas percuma ke hospital bersama pelajar lain.

Perkara yang saya tak rindukan ialah monyet-monyet liar yang berleluasa. Kalau tak tutup tingkap, pasti ada makanan yang dicuri atau tong sampah yang berselerak akibat diselongkar oleh monyet yang tidak bertanggungjawab.

Kini, kami akan pulang semula ke kampus sungai buloh. Hmm entahlah, sedikit pun saya tidak teruja. Jauh langit dan bumi wakakaka.

Comments

Post a Comment

Most Popular