INTERNAL MEDICINE POSTING: ENDLESS CLINIC
Assalamualaikum dan hi. Lama betul tak menulis ya. Kebelakangan ini saya memang sangat sibuk. Entah mengapa semester 8 agak memenatkan mental dan fizikal.
Ya benar, posting perubatan dalaman. Posting paling asas dan utama. Jika hendak dibandingkan dengan tahun 3, kami tahun 4 lebih meluangkan masa di klinik pakar perubatan. Jarang kami naik ke wad perubatan melainkan ada kelas di sana.
Posting ini memakan masa 8 minggu. Setiap minggu kami ditempatkan di berlainan jabatan, menjadikan sejumlah 8-11 jabatan.
Jabatan Kardiologi
Saya boleh jamin, seminggu di cardio memang seronok. Sebab apa? Sebab banyak betul boleh belajar di sini. Pesakit dalam ward pun majoriti memang ada findings. Belajar di buku tak seseronok dengan pesakit sebenar. Masa ini la nak gunakan stethoscope tu sampai lunyai. Pernah satu hari tu kami periksa jantung hampir semua pesakit dalam ward dalam masa beberapa jam. Punyalah produktif hahaha.
Nak dengar murmur je sebenarnya |
Pakar dan MO pun baik-baik. Semua sudi mengajar. Satu hari itu, ada junior Year 3 minta bacakan ECG. Hahahah menggelabah la kau, malu woo senior tak pandai baca ECG. Punya la beria sampai kitorang pergi sendiri wad jantung hospital Selayang belakang uitm pastu dengar semua murmur (Privilege student medik uitm, takde sapa persoalkan janji ada pas hospital).
Jabatan Respiratori
Tak banyak sangat berlaku dekat posting ni, ada satu kes tu kami pergi tengok bronchoscopy tapi staf nurse tak bagi pinjam topeng muka N95. Dia suruh bawak sendiri dari rumah, tapi masalahnya mana la kitorang tahu. Apa lagi, pergi wad perubatan dekat atas, rembat (baca: ambil selepas minta izin) satu dua pelitup muka N95 dekat isolation ward hahaha. Klinik respiratori setiap selasa dan khamis, tapi sempat pergi satu kali sahaja sebab dekat sangat nak EOP (ceh alasan).
Saya attach dengan Dr Z, seorang konsultan respiratori di klinik kami. Ramai kata beliau garang, tapi sebenarnya kalau kita dapat jawab apa yang dia tanya, senang je hidup ni hahaha. Tunjuk la sedikit minat nak belajar tu, mesti orang suka dengan kita.
Jabatan Gastroenterologi
Klinik berkaitan sistem penghadaman dan sekitar dengannya. Kalau fikir balik, pun tiada apa yang berlaku sangat sepanjang minggu gastro. Ada satu hari itu kami ikut Dr C dan Dr I buat endoscopy dan colonoscopy. Menarik betul dapat tengok usus pesakit, yang syoknya pesakit tu memang ada ketumbuhan yang sangat kecil di dinding usus tu. Dapat la juga tengok proses buang ketumbuhan kecil itu (polyps). Dr I kata tak bahaya pun, kalau kita jumpa kita buangkan.
Jabatan Nefrologi
Hmm sepanjang duduk dekat klinik buah pinggang ni, saya attach dengan satu konsultan je iaitu Dr I. Perwatakan beliau boleh dibincangkan tapi beliau sangat tegas dalam hal adab dengan pesakit. Dua hari kami dengan beliau, dua hari kami kena marah depan pesakit kaw-kaw punya.
Puncanya, kami lupa hendak memperkenalkan nama kami dan minta kebenaran pesakit untuk memeriksa degupan jantung saja. Ceritanya, Dr memberi arahan tersebut depan pesakit itu dan kami lihat pesakit itu pun macam okay saja.
Berbakul-bakul kami kena marah depan pakcik tu, rasa malu tu jangan cakap la. Nasib kami pakai pelitup muka (pelitup muka pun saya kebas klinik punya saja). Selepas dimarahi beliau, kami datang lagi keesokan harinya untuk attach dengan beliau.
Ya, kami degil dan saya tidak peduli pun dimarahi sebab saya nak buat sebagai cabaran untuk diri saya. Esoknya kami datang berjumpa dengan beliau dan minta untuk sertai klinik beliau lagi. Dr okay saja. Tiba giliran kami untuk memeriksa pesakit, kawan saya boleh pula tidak memperkenalkan diri dekat pesakit.
Apa lagi, mengamuk la orang tua tu hahahaha. Tepuk dahi saya melihat gelagat kawan saya yang gelabah tak tentu hala tu. Sebenarnya bukan kami tidak diajar tetapi lebih kepada panik dan cemas. Habis semua benda lupa.
Jabatan Neurologi
Neurologi bersama Prof R membuatkan ianya menyeronokkan. Walaupun saya pergi sekali saja klinik neuro, terus dapat kes yang jarang iaitu pheochromocytoma. Pheochromocytoma ialah tumor yang jarang berlaku dan kebiasaannya terbentuk di medula adrenal (bahagian dalam kelenjar adrenal) yang terletak di atas buah pinggang. Tumor ini berasal daripada sel chromaffin yang berfungsi menghasilkan serta melepaskan hormon katekolamin, terutamanya adrenalin (epinefrin) dan noradrenalin (norepinefrin). Pheochromocytoma sering menyebabkan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal, yang boleh berlaku secara berterusan atau datang secara tiba-tiba. Biasanya terdapat tiga gejala utama:
- Sakit kepala: Kebanyakan pesakit mengalami sakit kepala yang teruk.
- Berpeluh berlebihan: Ini mungkin berlaku secara tiba-tiba dan sangat berlebihan.
- Degupan jantung laju
Osteoarthritis (OA) ialah penyakit sendi yang melibatkan kerosakan pada tisu rawan (cartilage) yang melapisi hujung tulang. Penyakit ini menyebabkan keradangan dan degenerasi progresif pada sendi, khususnya pada sendi-sendi yang menanggung berat badan seperti lutut, pinggul, dan tulang belakang. OA merupakan salah satu penyakit sendi yang paling biasa, terutamanya dalam kalangan warga emas.
1. Punca Osteoarthritis
- Penuaan: Usia yang meningkat adalah faktor risiko utama kerana rawan sendi semakin menipis dan kehilangan keanjalannya.
- Kecederaan Sendi: Kecederaan seperti patah tulang atau terseliuh boleh mempercepatkan proses OA, terutamanya jika sendi tersebut tidak pulih dengan baik.
- Obesiti: Berat badan berlebihan memberi tekanan tambahan pada sendi yang menanggung berat badan, seperti lutut dan pinggul, yang mempercepatkan degenerasi rawan.
- Genetik: Terdapat komponen genetik yang meningkatkan risiko OA pada sesetengah individu.
- Sakit Sendi: Sakit biasanya bertambah teruk dengan pergerakan atau aktiviti dan akan berkurangan apabila berehat.
- Kekakuan Sendi: Kekakuan sendi (muscle stiffness), terutamanya pada waktu pagi atau selepas duduk lama, adalah gejala biasa.
- Hilang Fungsi Sendi: OA boleh menyebabkan kesukaran dalam melakukan aktiviti harian, seperti berjalan atau menaiki tangga.
- Bunyi Sendi (Crepitus): Sesetengah pesakit mungkin mendengar bunyi "krak" apabila menggerakkan sendi.
- Pembengkakan: Pembengkakan kecil atau perubahan bentuk sendi boleh berlaku kerana keradangan atau pertumbuhan tulang yang tidak normal (osteofit).
- contoh rawatan yang disyorkan:
- Senaman: Senaman regangan dan penguatan otot membantu mengekalkan pergerakan sendi.
- Fisioterapi: Menggunakan teknik seperti terapi panas dan sejuk untuk mengurangkan sakit.
- Pengurangan Berat Badan: Mengurangkan tekanan pada sendi yang menanggung berat badan.
Jabatan Endocrine
Fuh, satu lagi minggu yang memenatkan. Saya sebenarnya suka juga belajar tentang endocrine tapi terlalu banyak yang perlu tahu. Penyakit yang biasa kita lihat seperti diabetes, thyroid dan juga kurang kalsium dan lain-lain.
Dengan moto yang saya pegang sejak minggu pertama posting iaitu hanya attach dengan konsultan/pakar untuk lebih cabaran, saya attach dengan seorang Dr yang terkenal dengan garangnya.
Dapat pula pesakit yang datang disebabkan kurang kalsium (hypocalcemia), saya diminta untuk clerk pesakit tersebut. Apalah nasib, saya memang terlupa gejala-gejala hypocalcemia dan tertukar sedikit dengan hypercalcemia.Teruk saya dimarahi dengan Dr pada waktu itu hahaha, pengalaman.
Konklusi
Ada beberapa lagi jabatan yang saya tidak sebutkan di sini contohnya jabatan penyakit berjangkit dan juga jabatan geriatrik. Tidak banyak yang terjadi kerana tempoh attachment juga hanya sehari sahaja di klinik.
End of Posting (EOP)
EOP kali ini formatnya lain sedikit. Kami dikehendaki melakukan pemeriksaan sistem organ tertentu mengikut kesesuaian pesakit.
Kebiasaannya, UiTM mempunyai pesakit simulator (pesakit sebenar yang dibayar oleh UiTM untuk dijadikan model untuk para pelajar melakukan ujian terhadap mereka).
Ada dua stesen untuk EOP kali ini. Stesen pertama saya dapat pesakit di wad kardio. Sudah tentulah saya dapat teka saya kena buat pemeriksaan sistem yang mana satu. Di akhir ujian, saya dikehendaki untuk memberi diagnosis penuh, ujian yang saya mahu lakukan untuk menyokong diagnosis saya beberapa diagnosis yang berkemungkinan (differential diagnosis).
Sedang saya memeriksa pesakit itu, saya tidak jumpa pula sebarang masalah di jantung seperti murmur dan sebagainya. Begitu juga dengan nadi, nadinya normal sahaja. Jadi. apabila saya menggunakan stethoscope saya untuk mendengar di kawasan sekitar dada, saya mendengar crepitations. Sehinggalah saya memeriksa kakinya yang kedua-dua bengkak.
Saya semakin yakin yang pesakit ini dimasukkan kerana masalah kegagalan jantung (heart failure). Definisi sebenar penyakit ini ialah apabila jantung tidak lagi dapat pam darah ke seluruh badan dengan kapasiti yang optimum untuk memenuhi kehendak sistem tubuh badan. Lama-lama kelamaan ia akan bertukar ke keadaan yang dipanggil congestive heart failure (CHF)
Jadi, simptom utama untuk kebanyakan pesakit lemah jantung ialah sesak nafas kerana paru-paru mereka sudah dipenuhi air. Bila jantung gagal mengepam dengan baik, cecair boleh terkumpul di kaki, perut, atau paru-paru. Ini sebabnya pesakit CHF sering alami bengkak kaki (edema) atau rasa sesak nafas.
Sepanjang ujian berlangsung, saya tidak dibenarkan untuk bertanya pesakit tentang simptom yang mereka hadapi. Jadi, agak sukar juga sebenarnya untuk memastikan apa benar dia mengalami CHF pada masa itu.
Masa diberi sebanyak 7 minit, saya selesai dalam lebih kurang 5 minit. Selepas itu, Dr saya bertanyakan soalan-soalan tentang apa yang saya berjaya temui di pesakit tersebut. Setelah berdiskusi selama 2 minit lebih kurang, Dr melepaskan saya pergi. Dia nampak seperti berpuas hati sahaja hahaha. Entahlah, sukar untuk meneka kepuasan beliau.
Akhir Kata
Saya memang sukakan posting ini. Banyak ilmu pengetahuan tetapi yang lebih utama ialah sepanjang dua bulan di posting perubatan, saya dapat memantapkan skil dan teknik pemeriksaan fizikal. Kehulur-kehilir mengusung stethoscope dan pelbagai kit-kit perubatan sehingga penuh poket.
Walaupun memenatkan, saya berasa puas. Keputusan ujian juga baik sahaja alhamdulilah. Akan berjumpa lagi posting perubatan dalaman pada tahun hadapan!
Itu sahaja dari saya, bye!
Comments
Post a Comment