4 Weeks of Internal Medicine!
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Yup, core posting yang berdurasi 4 minggu sahaja.
Tak tahu macam mana sempat nak cover semua topik.
Bak kata lecturer, "everything under the sun."
Terus terang, memang tak habis pun baca semua pun hahaha.
Study smart vs study hard?
Dekat sekolah perubatan ni kita kena ada dua elemen tersebut. Smart dan Hard.
Entahlah, nak kata diri ini smart pun saya tidak yakin apatah lagi nak mengaku rajin.
Tidak ada apa yang menarik sangat sepanjang 4 minggu yang padat dengan seminar dan kelas di wad.
Tapi saya nak cerita satu benda menarik sewaktu saya menduduki peperiksaan.
Pesakit yang saya terima itu mempunyai injap jantung prostetik!
Ia injap jantung tiruan menggantikan injap asal bila injap tu rosak atau tak berfungsi dengan baik.
| Injap mekanikal! |
Apabila menggunakan injap mekanikal, bunyi klik seperti jam berdetik terhasil.
Tidak perlu guna stetoskop pun saya dapat dengar bunyi klik tersebut.
Senyum lebar la saya sebab sudah tahu apa yang perlu dicari dan diagnosa pesakit yang sebenar.
Baiklah itu sahaja yang saya mampu kongsikan kepada anda semua.
Memang tidak banyak cerita pun, tak apa mari baca posting lain punya cerita pula!
i just speedrun a background read on mechanical valve and wow i learnt smtg new todayyy
ReplyDeleteTrying a new concept for my writing style hahaha
Delete