LAST PROGRESS TEST FOR YEAR 2!!!
Assalamualaikum dan selamat sejahtera! Terima kasih diucapkan bagi sesiapa yang sudi membaca dan juga yang telah lama mengikuti perkembangan saya di sekolah perubatan selama ini.
Pejam celik saya sudah pun menamatkan modul terakhir untuk silibus semester empat iaitu Communicable Diseases Module (CMD). Saya sendiri tidak jangka untuk sampai sejauh ini bermula dari saya yang gagal Progress Test saya yang pertama iaitu berkenaan General Module 1 tempoh hari.
Sedikit sebanyak tentang modul ini ialah kami dikehendaki untuk belajar tentang penyakit-penyakit berjangkit yang lazimnya di Malaysia dan cara penyebaran penyakit tersebut.
Kami juga didedahkan tentang data-data terkini tentang kemunculan beberapa penyakit-penyakit berjangkit yang berbahaya, apakah simptom-simptomnya, cara menanganinya dan langkah pencegahan. Untuk subjek pharmacology, fokus pada kali ini ialah pada antibiotik yang merangkumi mekanisme setiap antibiotik, pemberian antibiotik untuk lain-lain bakteria (paling perit nak hafal bakteria mana kena pakai antibiotik mana satu 😅), kesan sampingan ubat dan lain-lain.
Sebenarnya sangat menarik bagaimana antibiotik ini bertindak sama ada ia membunuh atau hanya membantutkan pertumbuhan bakteria itu. Antibiotik mempunyai kelas mereka yang tersendiri dan mekanisme yang berbeza.
Struktur bakteria dan mekanisme antibiotik |
Oleh sebab itu juga, sangatlah perlu untuk habiskan antibiotik yang diberikan oleh doktor kepada anda kerana bimbang bakteria tersebut tidak lagi terjejas dengan antibiotik.
Cara bakteria melindungi dirinya daripada antibiotik 😱 |
Walaupun modul ini mengambil masa selama tiga minggu sahaja namun isinya sangat padat. Pemahaman sahaja tidak cukup untuk modul ini dan semestinya HAFAL, HAFAL, HAFAL. Silap besar jika tidak hafal berpuluh-berpuluh nama antibiotik dan antifungal untuk setiap penyakit yang ada di dalam modul ini.
Suka saya kongsikan serba sedikit tentang kencing tikus ataupun leptospirosis memandangkan penyakit ini merupakan kebiasaan di kalangan masyarakat Malaysia yang suka beriadah di kawasan-kawasan rekreasi seperti di air terjun dan sungai.
Kebiasaannya, kencing tikus yang berpunca daripada bakteria bernama Leptospira interrogans ini wujud di dalam air kencing haiwan yang paling kerap terbabit dalam penyebaran bakteria ini ialah tikus.
Bentuk bakteria Leptospira interrogans |
Jadi, kita perlulah sentiasa berhati-hati untuk mengunjungi tempat-tempat yang berisiko tinggi untuk terkena jangkitan kencing tikus dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan.
Secara keseluruhannya, saya sangat seronok belajar modul pada kali ini (modul lain seronok juga) walaupun semuanya seperti 90% fakta yang perlu ditelan tetapi sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian kita.
Akhir kata, perjuangan saya belum berakhir pada fasa pre-clinical ini kerana satu lagi peperiksaan besar pada pertengahan bulan November ini iaitu Pro Exam 😿. Walaupun hanya dua minggu sahaja study week diperuntukkan untuk membaca segala benda bermula dari semester 1 sampailah semester 4 (boleh cecah 300 lecture notes dan lain-lain fail), hidup perlu diteruskan juga ✌.
Baiklah, itu sahaja pada kali ini. Doakan saya dan kawan-kawan seperjuangan saya untuk lulus Pro Exam dengan cemerlangnya. Bye!
goodluck exam nanti 👍🏼
ReplyDeleteTrimas!
Delete