PRO-EXAM: PASSED
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah syukur atas berita gembira ini yang baru sahaja saya terima pada petang tadi. Keputusan yang ditunggu-tunggukan oleh Xanthronians selepas menduduki peperiksaan Pro-Exam pada 14 November 2022 tempoh hari.
Saya yang sedang bermain badminton bersama rakan-rakan saya tiba-tiba perasan notifikasi daripada group Whatsapp batch saya. Seseorang telah pun menghantar satu fail PDF yang mengandungi keputusan kami semua!
Saya serta-merta hilang konsentrasi, mual, cemas, hilang selera makan, fikiran kosong dan lain-lain. Saya pada mulanya tidak berani mahu membuka fail tersebut dan menyemak keputusan saya. Rakan-rakan saya masing-masing sudah memuat naik keputusan mereka di status Whatsapp memberitahu yang mereka sudah pun lulus. Saya sangat takut!
Tachycardia + dyspnoea + profuse sweating |
Tetapi, tangan saya tiba-tiba bergerak dengan sendirinya dan membuka fail tersebut. Perlahan-lahan saya menggerakkan skrin tersebut ke arah nombor matriks saya.
"LULUS"
Saya tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan saya yang sangat gembira campur letih sebab baru kalah satu set badminton (Kalah sebab tak boleh fokus sebenarnya tadi). Saya lihat lebih 90% rakan satu batch saya yang lulus, alhamdulillah.
LESSGOOOOO!!! |
Kepada rakan-rakan yang saya belum tiba peluangnya, saya sentiasa mendoakan agar urusan anda semua dipermudahkan dan dikuatkan semangat untuk menempuh remedial session (repeat paper) yang akan berlangsung tidak lama lagi. Saya yakin dengan usaha yang gigih dan doa sebagai jalan ikhtiar kita untuk berjaya. Saya berasa amat sedih kerana mereka juga rakan-rakan saya terutama yang rapat dengan saya dan study bersama-sama saya.
Mereka terpaksa mengambil remedial session selepas berhempas pulas membaca beratus nota, menjawab soalan-soalan past year pagi petang siang dan malam tidak berhenti dan saya sebagai saksi usaha penat jerih mereka. Tetapi apakan daya, tiada lagi rezeki untuk mereka.
Untuk yang lulus Pro-Exam pada kali ini, sekali lagi saya ucapkan tahniah. Usaha tidak akan mengkhianati hasil dengan izin Allah. Saya lihat, ada rakan saya yang menangis setiap hari kerana beban belajar yang tinggi. Ada yang hilang selera makan kerana sibuk study dan risau sepanjang masa ketika study week.
Alhamdulillah, usaha dan pengorbanan anda semua terbalas jua akhirnya. Perjalanan dua tahun di pra-klinikal kini sudah berakhir. Satu tahun setengah kami belajar secara atas talian (ODL) dan selebihnya di kampus. Tidak kira ODL atau di kampus, masing-masing ada cabarannya yang tersendiri yang sudah diatasi. I'm looking forward to White coat ceremony.
Itu sahaja pada kali ini, bye!
congrats ✨ goodluck untuk clinical years pulak!
ReplyDeleteThank you pembaca setia hahahaha
Delete