THREE WEEKS OF STUDY WEEK DAILY ROUTINE!!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!
Untuk penulisan saya pada kali ini, saya nak kongsikan rutin harian saya sepanjang study week yang berlangsung selama tiga minggu sebelum Professional Examination (pro exam).
Memandangkan pro exam merangkumi topik-topik dari semester 1-4, kami perlu merangka dan menyusun pelan belajar yang berkesan dan efektif. Setiap orang ada cara yang tersendiri dan tidak perlulah memaksa orang lain untuk ikut cara kita sahaja.
Walaupun begitu, peratusan soalan lebih kepada semester 4 sebanyak 2/3 berbanding semester 3 iaitu 1/3 sahaja. Semester 1 dan 2 hanya untuk paper PBQ. Jadi apa saya fikirkan, saya nak fokuskan semester 4 dan 3 sahaja dan abaikan semester 1 dan 2 hahaha.
Dah tolak dua semester pun paling kurang nak baca pun adalah macam 200 lectures yang tinggal. Jadi minimum sehari nak baca lecture notes macam lebih kurang 10 lecture notes sehari.
Macam biasalah, baca hari ini esok dah lupa. Tak payah tunggu esok pun takpe, berhenti kejap untuk makan tengah hari tetiba dah lupa dah padahal pum-pang pum-pang hafal.
Untuk minggu pertama, saya fokuskan semester 4 dahulu sebab macam baru sahaja lagi belajar jadi tak mahulah cepat sangat lupa macam rugi pulakan.
Saya ini bukanlah pelajar yang begitu berdisiplin. Minggu pertama itu dapatlah 4-5 lectures sahaja sehari sebab banyak main dan rasa macam lambat lagi nak exam.
Sebabnya, ada yang gunakan minggu pertama study week untuk makan angin dan sebagainya. Jadi saya pun rasakan macam "Oh, relaxlah dulu. Orang lain pun lepak-lepak lagi.". Minggu pertama itu sempatlah juga nak habiskan topik-topik semester 4.
Minggu kedua sudah mula sedikit risau sebabnya topik semester sangat banyak dan berat. Terutama modul Central Nervous System (CNS) dan Gastrointestinal (GIT). Jujurlah saya katakan, ada beberapa lectures yang saya tak sentuh pun.
Selalu kita dengar study smart not hard tapi dekat sini kau kena buat dua-dua sekali gus. Untuk bab study smart, kita kena tahu yang dalam berpuluh-puluh pages dalam satu lecture note itu bukan banyak pun dia nak tanya. Kadang-kadang itu jawapan soalan itu adalah dekat ruangan kotak kecil dalam lecture note itu, haih.
Kadang-kadang itu, dia tanya location organ sahaja ataupun fungsi vitamin B1 😀. Benda yang kau rasa tak masuk itulah yang akan keluar nanti. Jadi, daripada kita menghabiskan baca semua benda lebih baik kita baca benda yang kita rasakan pasti akan ditanya. Persoalannya, apakah yang akan ditanya?
Masalah dia bermula apabila kita rasakan semua benda penting dan semua benda pasti akan ditanya dalam exam huhuhu.
Saya biasanya akan mula study pada waktu pagi dalam pukul 9-10 pagi hingga 12 tengah hari. Selepas itu saya akan berehat untuk makan dan solat Zohor dan akan mula study semula dalam sekitar 2:30 petang sehingga waktu Asar.
Saya berpendapat untuk hanya membaca subjek anatomi pada minggu yang ketiga kerana anatomi ialah subjek menghafal yang akan pasti ditanya pada paper OSPE. Disebabkan ia merupakan subjek menghafal, pasti akan mudah lupa jika ditinggalkan dalam beberapa hari.
Rakan saya pula berlainan pandangan tentang strategi saya ini, dia mengatakan lebih baik kita baca sahaja semua dan ikut susunan modul. Bagi saya, tiada masalah juga untuk melakukan seperti itu tetapi ada subjek yang perlu diulang setiap hari bagi meningkatkan kefahaman dan konsep seperti subjek fisiologi dan patologi.
Selepas itu, saya akan sambung pula selepas solat Isyak dan masuk tidur pada pukul 10 atau 11 malam. Saya kena tidur awal sebab saya akan bangun awal pagi dalam sekitar 3 atau 4 pagi untuk menyambung apa yang dibaca pada malam sebelumnya itu.
Minggu pertama study week ini jugalah hampir tiap-tiap malam saya dan partner in crime untuk memesan Mekdi. Tepat sahaja pukul 10 malam, hasutan dan racun rakan sebaya mula membisik halus di telinga untuk turut serta order Mekdi (berat dah naik 70 kg 😓).
Sampaikan kawan yang di rumah sebelah pun perasan yang saya asyik memesan Mekdi sahaja. Tiba-tiba terbit rasa keinsafan untuk berhenti memesan Mekdi kerana bukan sahaja menghabiskan duit malah tidak baik untuk kesihatan (belajar medic tapi tidak function).
Rakan sebilik saya hanya memulakan sesi mengulang kaji pada minggu kedua kerana dia mengatakan minggu pertama ialah minggu rehat. Saya sama sekali tidak risau sama beliau kerana rakan sebilik saya boleh dikatakan antara orang yang diberikan anugerah oleh Tuhan (Gifted la katakan).
Pada waktu petang, kebiasaannya kami akan turun untuk bersukan seperti bermain frisbee ataupun badminton. Kadang-kala kami hanya berjalan kaki pusing sekitar kampus untuk sedikit ketenangan. Walaupun kampus Sungai Buloh ini ada kubur Cina di atas bukit, kami tetap harungi untuk mengingatkan diri tentang kematian.
Di hadapan rumah kami ada beberapa bilik kosong yang disediakan khas untuk belajar yang konsepnya sama seperti kelas prep. Saya antara orang yang akan selalu pergi ke sana untuk belajar bersendirian. Tetapi hanya mampu bertahan untuk seminggu sahaja kerana saya cepat hilang fokus.
Orang lalu-lalang membuatkan saya terganggu dan tidak selesa oleh sebab itulah juga saya kembali belajar di bilik saya sendiri walaupun bilik gelap macam dalam gua (kena tarik langsir sebab cuaca panas).
Kejadian aneh mula berlaku pada minggu kedua study week di mana pada waktu tengah malam saya akan terhidu wangi-wangian. Apabila saya tersedar, saya mendapati rakan sebilik saya sudah pun tiada. Jam menunjukkan waktu 3 pagi dan rakan saya itu sudah pun mula mengulang kaji pelajaran berseorangan di meja batu yang terletak di tepi lif.
Dia sanggup belajar di situ walaupun meja batu itu berdekatan dengan tandas wanita dan juga kawasan parkir. Jadi ia merupakan kawasan yang sedikit terbuka dan sunyi. Katanya, dia suka berada di situ kerana suhunya yang dingin.
Tidak kisahlah mahu belajar di mana pun tapi saya tidak tahu apa sebab dia membuka pintu bilik dengan sangat perlahan dan berhati-hati. Saya tidak tahu sama ada dia tidak mahu mengejutkan saya ataupun tidak mahu saya terbangun untuk study hahaha (Apalah salahnya kejut sekali ajak study).
When you are awake but your roommate silently make his way out of the room |
Kami sebilik memang gemar mengenakan wangian jika mahu keluar dari rumah dan juga selepas mandi tau kemana sahaja (dah macam kedai perfume sebab bilik wangi sangat). Jadi kerana itulah jika saya terhidu wangian pada waktu tengah malam pastinya daripada rakan sebilik saya yang mengenakan wangian sebelum bergerak ke meja batu.
Keadaan ini berlarutan sehinggalah tamat minggu ulang kaji. Semakin hampir dengan tarikh peperiksaan lagi membuatkan perasaan cemas tidak terkawal. Saya melihat masih banyak lagi topik yang belum sempat dibaca.
Bila memasuki minggu ketiga, percayalah minda yang celaru dan letih tidak lagi mampu berfungsi dengan baik. Pada waktu-waktu macam inilah kita merasakan seperti tidak study apa-apa pun. Bila nak cuba jawab soalan-soalan past year rasa macam kosong sangat.
Itulah yang membuatkan saya seperti mahu menangis dan sangat risau. Saya mula merasakan ia mustahil dan tidak boleh untuk dilaksanakan.
"Sempat ke nak baca semua ni?"
"Haih susah betullah, menyesal ambik medic."
Setiap hari pasti akan ada soalan ini di minda dan ia sangat mengganggu fikiran. Apa boleh buat, hidup perlu diteruskan. Mahu atau tidak, iPad sudah pun dicas penuh. Jadi, marilah kita study sampai muntah! Kami hanya akan berhenti jika notifikasi bateri sudah low sahaja.
Makan juga tidak teratur, kadang kala saya tidak makan seharian kerana merasakan makan itu hanya membuang masa. Saya lebih gemar berlapar asalkan dapat fokus untuk belajar. Bila kita sudah kenyang ini mulalah hendak tidurlah, main game sebentarlah apalah.
Lebih baik saya berpuasa dapat juga pahala. Apa yang lebih ironinya ialah pada waktu malam boleh pula order Mekdi 😀 (Self reward katanya). Minggu ketiga, kami dah mula jarang turun untuk beriadah sebab masing-masing nak fokus belajar (sebenarnya malas).
Pada minggu study week juga, para pensyarah akan mengadakan kelas revision untuk subjek-subjek mereka. Macam saya katakan sebelum ini, topik terlalu banyak jadi mereka akan memfokuskan kepada topik yang akan selalu ditanya dalam peperiksaan.
Saya seperti biasalah tidak pergi ke kelas revision kerana saya lebih selesa untuk mengikuti jadual saya sendiri dan hanya meminta kepada rakan-rakan yang pergi ke kelas revision soalan-soalan spot yang diberikan oleh pensyarah.
Apabila tinggal lebih kurang 3-4 hari sebelum minggu peperiksaan percayalah buat soalan past year dan tengok topik-topik spot lebih membantu sebenarnya. Dalam masa tiga hari manalah sempat nak baca balik semua benda. Lebih bijak jika fokus topik yang sememangnya masuk dalam paper SEQ dan OSPE (kalau paper MCQ semua benda masuk, jadi tak boleh nak spot sangat).
Setelah membuat kajian yang mendalam, kebiasaannya soalan yang akan keluar adalah sedikit sebanyak soalan-soalan recycle batch yang terdahulu. Jadi, untung juga siapa yang sempat buat semua soalan past year dan perhatikan pola soalan (Terima kasih senior sebab sudi hafal soalan untuk junior). Soalan yang sudah keluar pada final exam semester 3 juga tidak akan ditanya semula pada Pro Exam. Jadi, ada sebahagian rakan batch kami yang sudah pun listed out soalan yang tidak perlu lagi dibaca dengan tekun.
Sebagai contoh jika soalan berkaitan subarachnoid hemorrhage atau chronic pancreatitis sudah keluar di OSPE semester 3, ia tidak akan keluar lagi di OSPE Pro Exam namun boleh keluar di paper yang lain.
Semua soalan past year tidak boleh di simpan di mana-mana. Jadi, senior akan hafal soalan yang keluar dan menaip semula untuk kegunaan junior di masa hadapan. Begitu juga dengan batch kami juga melakukan perkara yang sama untuk junior kami.
Looking back at previous batch collectible question bank in Google Drive |
Panjang juga penulisan saya pada kali ini. Tapi tidak mengapa kerana saya menulis sebagai kenang-kenangan saya di sini. Pada malam peperiksaaan, sudah tidak ada yang bangun awal pagi untuk study kerana masing-masing mahukan rehat secukupnya sebelum menduduki peperiksaan.
Rakan sebilik saya yang selalu hilang pada dua pagi pun tidak bangun kerana mahu rehat kerana takut otak blank katanya. Saya juga dipengaruhi rakan sebaya dan mengambil keputusan untuk tidur juga hahaha.
Blog kali ini tak nampak macam rutin belajar sangat pun tapi lebih tentang saya yang merungut dan makan Mekdi sahaja. Apa-apa pun, terima kasih bagi sesiapa yang membacanya sampai habis. Bye!
padat gak jadual belajar kau tapi make sense ah banyak bende nak cramp 🥲 papepun, elaun mara dah masuk, tunggu apa lagi? mekdi ah bang
ReplyDeleteboleh mencecah 30 lectures sehari dalam sekali harung hahahaha tapi cincai je baca. baru je makan mcd ni sksksk
Delete