FAKULTI PERUBATAN DI UITM PUNCAK ALAM?!! KAMI DIHALAU??

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Betul, anda tidak salah membaca tajuk. Pelajar perubatan Tahun 3 diminta untuk berada di UiTM Puncak Alam (palam) untuk dua semester!

Mengapa pula?

Ceritanya begini, kemasukan pelajar Tahun1 yang dijangka pada awal Januari 2023 (sudah pun masuk sejak saya menulis entry ini) telah menyebabkan tiada kekosongan rumah dan bilik untuk menampung keseluruhan pelajar.

Tambahan pula, pelajar Tahun 5 yang paling senior belum lagi menamatkan pengajian mereka sedikit sebanyak menjadi punca tentang berita ini ditulis.

Sebagai solusi, pelajar Tahun 3 akan dipindahkan ke UiTM Palam atas rasional kelas akan diadakan di Hospital Sultan Abdullah (Hospital UiTM) di UiTM Palam itu sendiri. Rata-rata kami tidak mahu untuk berpindah atas beberapa faktor termasuklah kapasiti rumah yang hanya memuatkan lapan (8) orang pelajar pada satu-satu masa.

Kami terpaksa membuat pilihan untuk menyingkirkan dua orang rakan serumah yang pastinya akan merenggangkan hubungan sesama kami. Bukan mudah untuk melakukan pemilihan seperti ini lagi-lagi semuanya akan dipersalahkan ke atas ketua rumah yang membuat keputusan.

Faktor yang kedua, kami sudah berasa selesa di UiTM Sungai Buloh (USB). Ia merupakan rumah kami dan tempat kami semua mempunyai identiti. Manusia pula tidak ramai di sini, jadi agak tenang dan damai.

Kini, kami perlu berasimilasi dengan pelajar dari fakulti-fakulti lain di UiTM Palam dan harapnya tiada unsur-unsur pilih bulu. See you next year USB!

Apa-apa pun, doakan kami iaitu pelajar perubatan Tahun 3 di UiTM Palam untuk menempuh fasa klinikal kami dengan cekal, bye!!!




Comments

Most Popular