DAY TRIP TO AWANA SKYWAY, GENTING HIGHLANDS!!! PART 2
Kami bernasib baik kerana pada hari itu ialah hari bekerja jadi tidak ramai orang untuk kami beratur untuk ke kereta kabel. Hari yang baik tambah pula cuaca yang sangat baik, tidak terlalu panas dan tidak pula hujan.
Masing-masing mengeluarkan telefon untuk merakam video dan mengambil beberapa gambar semasa di dalam gondola sebagai kenang-kenangan. Jujur saya kata, saya ingatkan pendek sahaja laluannya dan mungkin akan mengambil masa yang sekejap untuk ke perhentian seterusnya. Ternyata jangkaan saya meleset sama sekali.
Kami mengambil keputusan untuk berhenti di hentian seterusnya untuk melawat ke salah sebuah tokong yang besar di tepian gunung. Sungguh cantik pemandangan di situ, dikelilingi dengan gunung, pokok-pokok hutan, kabus dan percayalah sejuk gila!
Vibe filem cina purba |
Nak pergi ke tokong tu kita kena turun dalam 100-200 meter macam tu menggunakan tangga dan eskalator. Nasib baik ada eskalator kalau tidak memang berkicap kitorang dekat situ hahaha.
Menara tokong tu ada lebih kurang 8 tingkat kalau tidak silap, memang suasana dia macam cerita cina purba tu. Bau colok yang memenuhi ruang menara dan beberapa lagi barang sembahyang untuk penganut agama Buddha.
Dalam menara tu ada satu je tangga yang berpusing dari bawah sampai atas, tangga dia kecil sahaja dan sumpah pening gila masa nak naik atas tu. Banyak kali jugalah kitorang berhenti rehat sebelum sampai ke puncak menara (nampak sangat tak fit langsung).
View dari atas |
Okay bukan setakat menara tokong ni sahaja yang ada dekat situ, ada satu buah bukit dekat tepi tokong ni diorang buat tema perjalanan manusia selepas kematian. Lebih kurang macam alam barzakh versi agama Buddha dan beberapa tingkat neraka untuk dosa-dosa tertentu sepanjang kita naik bukit tu.
Secara tak langsung boleh la mengetahui tentang persepsi agama dan budaya masyarakat Cina dan pandangan sesebuah agama tentang kehidupan selepas kematian.
saya lupa gambar ni pasal apa |
Okay lepas dah habis melilau dekat kawasan tokong, kitorang pun decide nak naik balik kereta kabel untuk pergi pulak dekat tarikan utama iaitu Resorts Genting Highlands.
Sebenaranya tak sangka pulak boleh naik sampai atas sana tu, ingatkan hanya berhenti di tokong cina dan patah balik semula. Laluan gondola itu makin lama makin tinggi dan makin curam. Memang gayat gila tengok view dari atas. Itu kalau jatuh tu, memang tak jumpa dah mayat.
Sampailah kitorang lalu atas Genting Highlands Outdoor Theme Park, semua orang dah tak boleh lagi sorok keterujaan. Serius weh memang syok gila outdoor dorang tu! Banyak benda menarik yang nak dicuba plus memang atas gunung betul tu so berkabus gila kawasan tu! Silap pula tidak kumpul duit awal-awal kalau tidak boleh terus book hotel dan masuk keesokannya.
Duit dah simpan nak pergi sini pula next time! |
Comments
Post a Comment