SURGICAL SUBSPECIALTY POSTING: PAEDIATRIC SURGERY & NEUROSURGERY!
Assalamalaikum dan salam sejahtera semua!
Alhamdulillah tamat sudah satu lagi posting di Tahun 4 iaitu Surgery posting yang dikhususkan kepada dua kepakaran iaitu kanak-kanak dan neuro.
Posting ini tidak lama, hanya 4 minggu sahaja. Sepatutnya posting surgery tidak patut wujud semasa Tahun 4 namun berbeza kepada bacth batch yang baharu.
Jadi apa beza yang ketara tentang posting kali ini berbanding tahun lepas?
Kali ini, pengkhususan dilakukan kepada dua kepakaran khusus iaitu pembedahan kanak-kanak dan pembedahan neurologi. Dua minggu setiap satu kepakaran dan pada hujung minggu keempat, akan ada peperiksaan (EOP).
Cukup ke dua minggu?
Pada pendapat peribadi saya, dua minggu tidak mencukupi untuk mendalami segala benda di dalam posting tersebut. Namun, strategi kita ialah dengan cuba skor dalam peperiksaan kerana medical school rata-rata adalah exam-based.
Tidak cukup waktu sebenarnya untuk berjumpa dengan pesakit dalam waktu dua minggu. Jika difikirkan semula, dua minggu bukanlah 14 hari, tetapi hanya 10 hari bekerja. Itupun jika ada hari-hari yang mengkehendaki kami untuk tidak ke wad seperti kuliah dan seminar, sudah berkurang waktu kami di dalam wad.
Wad pembedahan kanak-kanak ternyata lebih banyak pesakit yang saya lihat namun tidak setanding dengan ilmu di wad neurosurgery. Saya amat malu kerana hanya pada posting ini saya dapat belajar cara mengira Glasgow Coma Scale (CGS) score dengan betul dan praktikal. Sepatutnya pada tahun lepas lagi kami patut mengetahui namun entah mengapa ianya lebih praktikal di wad neurosurgery.
GCS score ni guna untuk klasifikasikan kecederaan trauma otak. Skor minima ialah 3 dan paling tinggi atau normal ialah 15. |
Wad Neuro
Sepanjang dua minggu saya ditempatkan di wad neuro, rata-rata pesakit di sini mengalami kecederaan di bahagian kepala disebabkan oleh kemalangan jalan raya yang melibatkan motorsikal dan kereta. Mereka mempunyai pendarahan di kepala dan mungkin tengkorang mereka retak.
Sungguh kasihan dan sayu hati saya melihat mereka terlantar dan ada yang tidak sedarkan diri lagi. Kebanyakkan daripada mereka merupakan suami dan bapa yang keluar ke rumah untuk mencari rezeki untuk keluarga namun ditimpa kecelakaan.
Sedikit sebanyak mengenai lapisan membran yang menyelaputi otak dan saraf tunjang terdiri daripada 3 lapisan iaitu dura mater, arachnoid mater dan pia mater. Extra atau epi bermaksud atas manakala sub bermaksud bawah. Sebagai contoh, extradural = luar/atas dural.
Antara kecederaan trauma di bahagian otak (Traumatic Brain Injury) ialah extradural haemorrhage, subdural haemorrhage, subarachnoid haemorrhage, contusion dan concussion, diffuse axonal injuries. Kebanyakan extradural hemorrhage akan berlaku sekali dengan keretakan di tengkorak.
Apabila berlaku pendarahan di dalam tempurung kepala (intracranial bleeding), mereka akan mengalami simptom seperti pening kepala, loya dan muntah, sakit kepala dan bermacam lagi simptom yang berkait rapat dengan penambahan tekanan dalam tempurung kepala (intracranial pressure).
Adalah amat penting untuk melakukan pemeriksaan neuro dengan menggunakan suara yang kuat dan jelas ketika bertanyakan soalan kepada pesakit TBI.
Wad Pembedahan Kanak-Kanak
Kami ditempatkan di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur. Wad yang baru, cantik dan canggih termasuklah struktur bangunan yang baru dan luas. Terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, jarak perjalanan mengambil masa kurang 30 minit dari Selayang. Alhamdulillah, di wad kanak-kanak ini kami cuba memaksimakan peluang yang ada untuk menimba ilmu dan pengalaman. Staf-staf di sana ramah dan tidak kekok dengan kehadiran kami.
Sepanjang di wad kanak-kanak, tiada apa yang begitu menarik kerana kebanyakkannya cuma kes yang biasa dijumpai. Namun, ada satu kes yang bagi saya sangat menarik iaitu congenital left diaphragmatic hernia.
Keadaan ini berlaku apabila diaphragm (otot yang mengasingkan ruang dada dan ruang perut) gagal menutup sepenuhnya mengakibatkan organ-organ di perut dapat bergerak ke ruang dada. Pesakit itu merupakan seorang bayi yang masih kecil. Saya dan seorang kawan saya bersama-sama dengan pakar bedah kanak-kanak yang merupakan pensyarah saya juga di dalam bilik pembedahan itu selama kira-kira 2 jam lebih. Kami dibenarkan melihat mereka melakukan penurunan usus dari ruang dada dan menutup lubang yang terbentuk di diaphragm.End of Posting (EOP)
Seperti biasa, sebulan sekali pasti ada peperiksaan. Terdapat lebih kurang 8 station dengan masa diperuntukkan sebanyak 5 minit untuk satu station. Soalan-soalan boleh dikatakan tidak terlalu senang dan tidak terlalu sukar. Tetapi, saya merasakan saya mampu untuk melakukan dengan lebih baik huhuhu.
Itu sahajalah untuk perkongsian kali ini, jangan lupa akan datang kita jumpa lagi di posting Primary Care atau Family Medicine di mana kami belajar cara-cara bekerja sebagai doktor di klinik! Jumpa lagi!
Comments
Post a Comment