Level 10 Cleared! One Step Closer to Become a Doctor!
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk para pembaca saya yang setia.
Terima kasih kerana masih lagi setia membaca blog saya.
Kini, saya sudah pun melengkapkan 10 semester di sekolah perubatan. Kalau masih ingat penulisan terawal saya tentang bagaimana saya masih menyesuaikan diri dalam pelajaran dan silibus dan gagal peperiksaan modul pertama saya (boleh klik link untuk mengimbau nostalgia!)
Saya sudah melangkah sejauh ini. Lima tahun bukan masa yang pendek. Kalau bayi yang baru lahir, sudah berdaftar di tadika mesra. Kalau di tingkatan 1, sekarang pasti sedang bersedia untuk menduduki SPM.
Selepas berhempas pulas dan meminum air teh hijau Boh tanpa gula selama seminggu, saya pun dengan penuh rasa tawakal kepada Allah SWT melangkah masuk ke dewan peperiksaan untuk empat hari berturut-turut.
Hari pertama: Subjek EMJ dan Emergency Medicine.
Hari kedua: Orthopaedics
Hari ketiga: Internal Medicine
Hari keempat: Surgery
Entah apa dosa yang saya lakukan, terasa susah benar soalan-soalan itu. Masa sedang jawab soalan MCQ untuk subjek Emergency Medicine dan Orthopaedics, rasa macam hendak campak sahaja kertas jawapan ke lantai. Susah gila!
Entah apa yang saya hitamkan di atas kertas jawapan itu. Kejap padam, kejap hitamkan balik.
Keluar sahaja dewan, terus naik bilik dan ulang kaji pula untuk hari esok. Tak ada masa hendak fikir lama-lama hal yang lepas.
Tiba hari Internal Medicine, soalan objektif MCQ senang sahaja (walaupun ada orang kata susah). Cuma, soalan bertulis sahaja yang saya rasa saya salah faham.
Cara menjawab soalan di UiTM ini lain sedikit. Untuk soalan jenis bertulis, akan ada tiga (3) kertas soalan yang berasingan TETAPI ketiga-tiga kertas soalan itu ialah kes yang sama. Hanya soalan di dalamnya yang berbeza.Jadi, kebiasaannya kertas yang terakhir tersebut mengandungi jawapan-jawapan kepada soalan-soalan kertas pertama dan kedua. Mungkin ada yang bertanya, kenapa tidak selak sahaja kertas terakhir itu? Jawapannya, tidak boleh.
Jadi pada waktu ini, kita kena tuliskan jawapan kita dan apabila cukup 10 minit kita perlu letakkan kertas jawapan di dalam kotak kecil tadi. Bayangkan kau salah jawab jenis buah yang berwarna merah tadi. Boleh rosak mood nak jawab lagi dua kertas.
Kertas 3
"Selepas puas berfikir, Ali menggunakan tangga dan pengait untuk mengambil buah tersebut. Selepas mengait buah, dia perlukan cara untuk membawa kesemua buah rambutan tersebut ke rumahnya. Berikan dua alat lain untuk membawa buah rambutan."
Kalau kau jawab selain tangga dan pengait hanya doa sahaja boleh tolong untuk lembutkan hati pemeriksa. Nak patah balik ambil kertas soalan tadi sudah tidak boleh kerana pengawas peperiksaan ada sahaja di mana-mana dan dilarang keras untuk berbuat sedemikian.
Tiba hari untuk berperang dengan kertas Surgery. Jujur Surgery ialah posting yang saya takut. Bukan setakat doktor-doktor yang garang, soalan pun bukan main susah lagi. Sudahlah begitu, entah siapa punya idealah nak letakkan jawapan semua sederet sama. Dalam kes saya, pilihan jawapan D boleh kata majoriti untuk soalan-soalan tersebut.
| Situasi sebenar kertas jawapan Surgery. Nasib baik ramai dapat jawapan sama. |
Saya dah mula gusar dan panik tapi tidak apa. Habis sahaja kertas Surgery, semua orang bertanyakan benda yang sama. "Tadi banyak jawapan D kan?" bila budak pandai mengiyakan benda yang sama, saya bolehlah bernafas dengan tenang.
fuhh sikit lagi nak habis, goodluck pro exam!!
ReplyDelete