Hairan juga tetapi sudah biasa.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya cuma mahu luahkan sesuatu di sini. Saya tahu saya sebagai pelajar perubatan sememangnya sudah cakna tentang jadual kami yang padat sepanjang tahun.

Namun begitu saya tetap berasa hairan dan aneh tentang jadual cuti kami. Sepertinya tiada langsung cuti melainkan cuti raya Aidilfitri nanti.

Saya memulakan sesi akademik saya sejak bulan Disember 2023 tempoh hari dan sehingga hari ini iaitu bulan Mac, belum lagi kami menerima cuti pertengahan semester. Wajarkah begitu? Sedangkan pelajar UiTM yang lain akan dapatkan cuti setiap 7-8 minggu. 

Kami sudah 4 bulan tiada cuti panjang. Jikalau ada pun hanya sabtu dan ahad iaitu hujung minggu. Sudah lama rasanya tidak bercuti dan berjalan-jalan. Kami pun penat juga, ada juga keluarga. 

Sudahlah tidak dapat bekerja sambilan seperti pelajar-pelajar yang lain kerana begitu sibuk dan cuti yang begitu sekejap. Mana ada orang mahu mengambil pekerja sambilan untuk satu minggu. Lebih baik kami bercuti sahaja.

Saya tahu nanti apabila sudah bekerja lagi susah hendak dapat cuti. Tetapi biarlah kami dapat keistimewaan sebagai seorang pelajar. Walaupun cuti semester kami hanyalah satu minggu, saya tetap bersyukur.

Tapi saya hanyalah manusia biasa.

Comments

  1. Stressnya tak ada cuti ☹ semoga anda & kawan-kawan tabahlah ya huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Most Popular